30 Apr 2013

Iklan MIC di Akhbar

“If you don’t vote for MIC then be prepared to pay the price ...” Demikian tajuk kecil sebuah iklan berbayar di akhbar The Star pada Februari 2008; menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac 2008. Sila klik pada paparan di sebelah untuk membesarkan iklan.
 
“A vote for MIC is a positive vote for action and solution. Every Indian goes to sleep daily knowing MIC is there as their ‘invisible’ partner and one who can deliver,” kata lagi iklan itu yang saya salin dari dinding Facebook seorang rakan bernama Sukumar Theviannan pada 30 April 2013.
 
“Can anyone come up and say that MIC is irrelevant or redundant?” Satu lagi soalan yang dikemukakan dalam iklan berkenaan dan pasti sahaja boleh dijawab dengan mudah. Sila KLIK DI SINI untuk membaca beberapa bahan berkaitan MIC menjelang PRU-13. Baca juga - Beribu-ribu Tahniah, MIC Berjaya.