10 Jan 2021

Bhagavad Gita, Kini dalam Bahasa Malaysia!


[English  CLICK HERE]
[தமிழ்  இங்கே]

Judul: Bhagavad Gita: Dialog Arjuna dan Krishna di Kurukshetra
Kategori: Karya Klasik India (diceritakan semula)
Bahasa: Bahasa Malaysia
ISBN: 978-967-18509-2-3 [5 Mac 2021]

Penulis: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya Sankar SB
Pengedar: Uthaya Sankar SB
Proses Menulis: [Baca di Sini] 

Penyumbang: [Lihat di Sini]
Harapan Pembaca: [Baca di Sini]
Reaksi Penyumbang: [Baca di Sini]

Tarikh terbit: 5 Mei 2021
Tebal: 208 halaman [termasuk prelim]
Harga buku: RM30 (harga sama seluruh dunia)
Harga Diskaun: [RUJUK DI SINI]





[Video  Kandungan Buku]

Teks Bhagavad Gita merupakan sebahagian daripada epik Mahabharata yang terkenal dalam tradisi India-Hindu. Malah, Bhagavad Gita sudah diterjemah kepada lebih daripada 75 bahasa di seluruh dunia. Terjemahan Inggeris pula boleh dibaca dalam lebih daripada 300 versi berbeza! Ada beberapa terjemahan Bahasa Indonesia. 

Saya menceritakan semula — bukan menterjemah — Bhagavad Gita dalam Bahasa Malaysia. Lebih kurang seperti Thirukkural dan Megha Duta (2018), Ramayana dan Mahabharata (2019), serta Vetalam dan Vikramaditya (2020).

Saya meluangkan masa beberapa bulan; sepenuhnya untuk melakukan kerja-kerja membaca semula, mengkaji, dan menghayati, sebelum menceritakan semula Bhagavad Gita untuk bacaan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.



Ini bukan kerja terjemahan (translation), tetapi penceritaan semula (retelling) mengikut pemahaman dan penghayatan saya terhadap teks berkenaan. Tentu sahaja saya bersikap sedikit kritikal dalam penilaian dan penceritaan saya. Bhagavad Gita terdiri daripada 701 sloka (puisi) tetapi saya menceritakan semula dalam bentuk prosa; bentuk cerita.

Khusus bagi projek ini, saya membaca, mendengar, menghayati, menikmati, meneliti, memahami, mendalami, dan mengkaji semula pelbagai versi Bhagavad Gita dalam Bahasa Inggeris, Tamil, Indonesia, Malayalam, dan sebagainya.


Lihat senarai penyumbang budiman bagi projek lalu:

 Pulau Pendatang (2015)
 Nari! Nari! (2015)
 Mandala Bicara (2016)
 Putaria (2020)


Terima kasih kepada setiap individu yang tampil menyokong usaha ini supaya Bhagavad Gita dapat dinikmati dalam Bahasa Malaysia. Harap maklum bahawa hanya nama penyumbang sehingga 11 April 2021 dapat dipaparkan di blog dan di dalam buku. [Senarai Penyumbang]




[Wawancara  Going Against the Grain]

[தமிழ்  இங்கே]


[Wawancara  Stories for Everyone]






[Ulasan  Gita Untuk Malaysia]



Sudilah menghubungi saya (Uthaya Sankar SB) menerusi WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan berkaitan projek ini.