21 Apr 2018

Thirukkural dan Megha Duta


Sepertimana anda semua, saya juga amat gemar menghayati pelbagai karya klasik, khususnya dari India. Sejak kecil, saya kagum dengan kisah-kisah pengembaraan dan keperwiraan yang disajikan menerusi epik dan purana India.

Selepas menguruskan penerbitan kumpulan cerpen Karupaya (April 2018) oleh M. Mahendran, dan kumpulan sajak Kurnia (Jun 2018) oleh Ramakrishnan Ramasamy, saya menangani manuskrip bagi Siri Karya Klasik India untuk diterbitkan.



Buku Pertama Dalam Siri Ini

Judul: Thirukkural dan Megha Duta
Kategori: Karya Klasik India (diceritakan semula)
Bahasa: Bahasa Malaysia 
Pengarang: Uthaya Sankar SB
ISBN: 978-967-13624-5-7 [diperoleh pada 2 Julai 2018]
Tebal: 192 halaman [reka letak selesai pada 29 Jun 2018]

Harga Pasaran: RM30 (harga sama seluruh dunia)
Harga Promosi: [Lihat di Sini]


Penyumbang Modal Sosial: [Senarai Nama di Sini]
Penyunting Bersekutu: [Biodata di Sini]
Pengantar: [Baca di Sini]
Prakata: [Baca di Sini]

Tarikh Terbit: 3 Ogos 2018 
Penerbit: Uthaya Sankar SB (978-967-13624)
Pengedar: Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (SA0184670-H)

Majlis Pelancaran: [Rujuk di Sini]


Kandungan Buku

Buku pertama dalam Siri Karya Klasik India menggabungkan penceritaan semula puisi klasik Sanskrit berjudul Megha Duta karya Kalidas, dan ulasan 100 kural Bahasa Tamil daripada teks Thirukkural. Ini bukan karya terjemahan, sebaliknya penceritaan semula secara bebas dalam usaha membantu khalayak pelbagai kaum, budaya, dan latar belakang di Malaysia memahami kandungan karya-karya klasik yang lahir dalam tradisi India.


[Beli Pada Harga Pakej -- KLIK DI SINI]


Buku-buku akan dikirim menggunakan PosLaju bagi penghantaran ke mana-mana alamat yang sah di seluruh Malaysia.  


Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Jika ada sebarang pertanyaan, atau jika anda mahu mendapatkan maklumat lanjut, atau jika anda ada sebarang cadangan dan panduan, sila hubungi  011-11411952 (WhatsApp).