Sunday, 22 April 2018

DAP, PSM, PKR, MIC dan PRU-14


Bagus jugalah Nga Kor Ming tinggalkan Parlimen Taiping (P60)!

Selama ini pun, apabila Ahli Parlimen ini dihubungi untuk berbincang tentang Projek Komuniti Kavyan, dan dikemukakan masalah penduduk (baca: pengundi) di Aulong dan Aulong Lama, dia tidak beri apa-apa respons.

Akhirnya, pihak yang datang membantu penduduk kaum India di kawasan ini adalah pemimpin Parti Gerakan dan Makkal Sakti! [Contoh 1] [Contoh 2]

Kini, “peluang” untuk penduduk/pengundi Parlimen Teluk Intan (P76) pula untuk mengenali sikap sebenar politikus ini.


Apakah politikus ini, Teh Kok Lim, yang bertanding kerusi Parlimen Taiping (P60) akan sekadar meneruskan sikap sekutunya, Nga Kor Ming, sebelum ini?

Hanya datang untuk menagih undi, dan kemudian hilang selama lima tahun sedangkan penduduk (baca: pengundi) di Aulong dan Aulong Lama memerlukan perhatian dan bantuannya?

Kalau tak mampu membantu Projek Komuniti Kavyan, tak payahlah datang terhegeh-hegeh menagih undi!


Amboi! Nga Kor Ming mahu bertanding menjadi ADUN Aulong (N18) juga?

Cubalah datang dan lihat Projek Komuniti Kavyan. Dan jangan lagi tidak melayan surat bantuan yang dikirim oleh penduduk/pengundi.

Kalau tak boleh bantu, bagaimana nak jadi “wakil” rakyat?


Mujurlah saya bukan pengundi di Parlimen Cameron Highlands (P78)!

Kalau Kayveas bertanding di Cameron Highlands, senang sahaja untuk saya tidak mengundinya; berdasarkan prestasi buruknya di Parlimen Taiping (P60) dahulu. Baca juga: “MIC dan PRU-13”.

Tapi kini, nampaknya P78 menjadi rebutan Suresh Kumar dan Sivarraajh Chandran.

Kedua-duanya saya kenali. Kedua-duanya saya kagumi. Kedua-duanya saya sokong.

Kalau saya menjadi pengundi di Cameron Hinglands, saya pasti mengalami dilema!

Apa komen pengundi Cameron Highlands? Baca di sini.


Apabila Shuhaimi Shafiei yang menang kerusi DUN Sri Muda (N50) [kini DUN Kota Kemuning] dalam PRU-12 dan PRU-13 diarahkan berpindah ke DUN Sungai Kandis (N49) [dahulu DUN Seri Andalas], maka jelaslah bahawa Pakatan Harapan juga bukannya mahukan “Wakil Rakyat”.

Sebaliknya, mereka hanya mahukan “Wakil Parti”.

Siapa kisah tentang Rakyat? Apa yang penting hanyalah kemenangan parti!

Pilihlah dan agihkanlah kerusi sesama parti; tak perlu ambil kira pandangan Rakyat, pengundi dan masyarakat akar umbi.

Ini pandangan saya. Apa pula pandangan penduduk dan pengundi di kawasan ini? Baca di sini.


Macai DAP, Satees Muniandy, ternyata telah menyunting maklumat diri saya di Wikipedia pada 14 Jun 2015 dengan niat menghina serta merosakkan nama baik saya dalam kalangan masyarakat.

Dia yang menjadi sumber kepada kelahiran peribahasa moden “Macai Macam Satees belum dapat membuktikan bahawa bukan dia yang melakukan suntingan berniat jahat itu.

Mangkuk ini juga belum menghantar legal notice yang dijanjikannya pada Jun 2015.

Baca kenyataan media saya di sini.


Pada 19 April 2018, saya menemui satu lagi paparan yang kandungannya 100 peratus sama dengan apa yang disunting oleh Satees.

Paparan bertarikh 18 Jun 2015 itu ternyata turut dimuat naik oleh Satees atau sekutunya (atas arahannya); kecuali dapat dibuktikan sebaliknya.

Paparan itu boleh dilihat di sini.

Tak ada gunanya saya mengadu kepada pimpinan tertinggi DAP kerana mereka mungkin “takut” kepada Satees yang merupakan macai Ramasamy. Baca juga - Satees Hina Sultan Johor.

Dalam PRU-14, Satees yang merupakan macai kepada Ramasamy akan bertanding merebut kerusi DUN Bagan Dalam (N09), manakala bekas “tuan”nya, Ramasamy, akan bertanding di DUN Perai (N16).

Seperti yang pernah saya nyatakan: Satees adalah antara punca kehancuran DAP!

Ini juga sebab saya tidak berminat mengundi Ganabatirau Veraman (DAP-Hindraf) yang diumum bertanding di DUN Kota Kemuning dalam PRU-14. Baca juga – “Kempen Menuju PRU-14”.

Baca juga: Mat Sabu atau V. Gunalan? Pilihan saya di Parlimen Kota Raja.