Tuesday, 15 May 2018

Kurnia – Kumpulan Sajak Ramakrishnan

Judul: Kurnia
Kategori: Sajak
Penulis: Ramakrishnan
Tarikh Terbit: 14 Jun 2018
ISBN: 978-967-13624-4-0 [diperoleh pada 15 Mei 2018]
Tebal: 88 halaman [termasuk prelim]
Penerbit: Uthaya Sankar SB
Harga Pasaran: RM16 senaskhah
Harga Pakej: [lihat di bawah]

Kumpulan sajak Kurnia merupakan buku sulung Ramakrishnan, dan diterbitkan di bawah Projek Penerbitan Buku selepas kumpulan cerpen Karupaya tulisan M. Mahendran.


Ramakrishnan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Klang dan Sekolah Menengah Raja Mahadi, Klang, sebelum melanjutkan pengajian diploma dalam bidang senireka grafik komputer di Cosmopoint Institute of Technology, Klang. Beliau turut memperoleh Diploma Keusahawanan, Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 


Buku Kurnia memuatkan 62 buah sajak pelbagai tema yang dihasilkan oleh Ramakrishnan sejak lebih 20 tahun dahulu. Penelitian terhadap sajak-sajak yang termuat dalam kumpulan sulung ini menunjukkan kemampuan dan ketelitian penulis dalam mengangkat, menyaring, mengarang dan mempersembahkan pelbagai isu yang dekat dengan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama, atau latar bahasa dan budaya.

[Tonton VIDEO Buku di Sini]

“Tidak dinafikan, ketenangan fikiran dan kedamaian jiwa perlu dalam menghasilkan karya. Saya akan cetuskan suasana itu dan mula menulis mengikut kreativiti sendiri. Tiada waktu yang khusus untuk menulis. Jika idea sudah tercetus dalam fikiran, saya akan terjemahkan terus ke dalam bentuk karya yang ingin dihasilkan,” kata Ramakrishnan, dan pengalaman penulisan beliau boleh dibaca pada bahagian Prakata buku ini.

Harga pasaran buku ini adalah RM16 senaskhah. 


Orang ramai digalakkan membelinya terus daripada penulis

Harga istimewa bagi pembelian daripada penerbit


Hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau WhatApp 011-11411952 atau kirim pesanan menerusi Messenger jika anda berminat membeli atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan buku ini.