Tuesday, 15 May 2018

Teleprompter Mahathir

Mahathir pakar guna teleprompter!
Sejak kecil, saya tahu bahawa Mahathir mampu berucap berjam-jam kerana membuat persiapan rapi, termasuk membaca teks ucapannya berulang kali.

Mahathir di PBB
Dan saya juga sedar bahawa beliau menggunakan teleprompter (telepanduan) yang tidak kelihatan pada mata yang kurang teliti.

Nampak teleprompter di kiri dan kanan?

Teleprompter yang digunakan oleh pembaca berita televisyen adalah berbeza daripada apa yang biasa digunakan oleh politikus di dalam dan luar negara. Saya pernah menjadi pembaca berita televisyen di RTM, tetapi itu adalah kisah lain.


Untuk Pembaca Berita (Studio)
Mungkin saya silap, tetapi saya percaya Mahathir antara politikus Malaysia yang pertama sekali berjaya memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teleprompter secara berkesan.

Skrip hanya kelihatan dari sudut tertentu.

Hadirin mungkin menyangka Mahathir berucap/bercakap sambil memandang tepat ke arah mereka. Sebenarnya, beliau hanya memandang teleprompter lutsinar yang berada di beberapa lokasi di depannya – biasanya ada tiga (kiri, kanan, depan).

Dari sudut lain, skrip ini tidak akan kelihatan.

Hasilnya, beliau kelihatan seolah-olah mampu berucap berjam-jam sambil memandang ke arah hadirin, dan tanpa merujuk/membaca skrip.


Nampak kamera? Nampak skrip? Untuk rakaman berita/studio.
Misalnya, teleprompter yang digunakan jelas kelihatan di sebelah kiri (depan muka Anwar) dalam foto pertama yang dipaparkan sebagai contoh di sini.