Buku 2-dalam-1 ini merupakan buku kedua [sebelum ini — Thirukkural dan Megha Duta] dalam siri Karya Klasik India yang menggabungkan kisah-kisah:
1 - Ramayana (lama sebelum kelahiran Rama)
2 - Mahabharata (lama sebelum kelahiran Arjuna)
Kategori: Karya Klasik India (diceritakan semula)
ISBN: 978-967-13624-7-1 [1 Ogos 2019]
Tarikh Terbit: 13 September 2019
Tebal: 272 halaman [termasuk prelim]
Penulis: Uthaya Sankar SB
Penerbit: Uthaya Sankar SB
Pengedar: Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
Harga Pasaran:
RM35 senaskhah
Pengenalan Buku:
Petikan/Contoh Cerita:
[Ibu yang Membunuh Anak] — [Cinta Zaman Dahulu] — [Dialog Diraja] — [Bik Momma Devayani] — [Pakaian Draupadi: Siapa Pemberi?] — [Jarak Masa Antara Ramayana dan Mahabharata] — [Siapakah Penculik Itu?]
Berikut reaksi beberapa rakan yang sudah memiliki buku ini:
“Buku ini berkait dengan kuasa dan etika. Krisis terjadi apabila manusia mengetepikan unsur-unsur moral dan etika.” – Haji Nik Mohd Yusoff Nik Ismail (Kampung Meru, Selangor)
“Kisah anak raja Arya menentang raksasa Dravida menyedarkan saya mengapa sesetengah orang Tamil (Dravida) menolak Hinduisme.” – Ramlan Ramli (Sungai Buloh, Selangor)
“Satu usaha murni demi memperkaya khazanah ilmu dan kepelbagaian sumber multietnik di Malaysia.” – Arul Das Arumugam (Mantin, Negeri Sembilan)
“Semoga buku ini terus merancakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.” – Ramakrishnan (Klang, Selangor)
“Buku Ramayana
dan Mahabharata (2019)
mengingatkan saya kembali kepada kisah-kisah yang pernah saya baca dalam siri Amar Chitra Katha semasa kecil. Bagaimanapun,
buku ini lebih unik kerana ada pelbagai kisah istimewa yang baru saya tahu,
iaitu tentang jurai keturunan watak-watak dalam epik ini.” — Anuradha Chelliah (Banting, Selangor)
“Saya tidak pernah menghayati kisah Ramayana dan Mahabharata sepenuhnya sebelum ini. Pendedahan yang dikisahkan di dalam buku ini menimbulkan minat saya untuk mengkaji lebih jauh lagi karya aslinya nanti. Lebih-lebih lagi memandangkan Uthaya Sankar SB banyak menyentuh bab-bab yang agak mengasyikkan.” — M. Mahendran (Bentong, Pahang)
“Buku yang unik. Mengetengahkan kisah epik bermutu. Pasti
tidak mengecewakan pembaca yang dahagakan karya klasik.” — Saratha Ramdass (Batu Caves, Selangor)
“Harap buku ini menjadi jambatan kepada pembaca yang kurang mengenali epik Ramayana dan Mahabharata.” — Suganiya Jayabalan (Pengkalan Hulu, Perak)
“Karya Uthaya Sankar SB amat mudah untuk difahami, serta mencuit minat untuk dibaca dari muka surat ke muka surat seterusnya.” – Arrti Jasangar (Beaufort, Sabah)
“Tulisan Uthaya mengenai kebudayaan Melayu dan India merupakan suatu usaha mempererat kefahaman dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.” – Tang Ah Chai (Tan Kah Kee Academy Malaysia)
Kumpulan esei saya sebelum ini ialah Malaiur Manikam (2015) dan Mandala Bicara (2016). Siri Karya Klasik India sebelum ini ialah Thirukkural dan Megha Duta (2018).
Lihat juga — Busana Bahasa (2019), Vetalam dan Vikramaditya (2020), dan Landasan Hidup (2020).
Sila hubungi WhatsApp 011-11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan.