Raja
itu terasa amat hairan memikirkan mengapa isterinya tergesa-gesa membawa putera
yang baru lahir ke tebing sungai.
Baginda
segera mengekori isterinya. Sebaik sahaja sampai di sana, permaisuri berjalan
masuk ke dalam sungai. Apabila air sudah berada pada paras dada, ibu muda itu
segera menenggelamkan bayi yang baru berusia beberapa jam!
Tentu
sahaja raja itu terkejut menyaksikan apa yang berlaku di depan mata.
Bagaimanapun, baginda terus bersembunyi di belakang pokok.
Si
isteri pula terus berdiri di dalam air sungai bagaikan sedang bertafakur. Bayi
berkenaan pula ternyata sudah mati lemas dan mayatnya dihanyutkan air sungai.
“Oh!
Begitu kejam sekali permaisuri itu?” Hussian
bertanya dengan mulut terlopong.
“Kenapa
dia tergamak membunuh anaknya sendiri?” Hassan
pula bertanya sambil matanya terbeliak.
Datuk
yang sedang menceritakan kisah Mahabharata
kepada pasangan kembar itu tidak segera menjawab. Beliau bagaikan turut
terkesima mengenangkan episod yang baru diceritakannya.
“Sebenarnya,
itulah juga pertanyaan yang timbul dalam fikiran si raja. Baginda
tertanya-tanya mengapa isteri baginda tergamak membunuh putera sulung mereka
yang baru lahir,” kata datuk sebelum meneruskan cerita.
Bacalah
kisah ini dan pelbagai kisah menarik daripada epik-epik India dalam buku Ramayana
dan Mahabharata (2019).