“Kalau
tuanku sudah tiada sekali pun, saya masih akan meneruskan hidup. Golongan
pemerintah dan penguasa sering mengandaikan bahawa rakyat tidak boleh hidup
tanpa mereka. Hakikat adalah bahawa hidup akan diteruskan seperti biasa tanpa
pemerintah yang tidak mampu memainkan peranan yang sewajarnya.”
“Usahlah
risau tentang segala peraturan dalam masyarakat. Semua itu untuk dipatuhi
sepenuhnya oleh golongan bawahan. Sebagai pemerintah dan kuasawan, tuanku bebas
melakukan apa sahaja. Kedudukan tuanku adalah di atas segala undang-undang dan
peraturan. Tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.”
“Nafsu
menjadikan tuanku seorang pemerintah yang sukar dikawal. Walaupun permaisuri
melayan tuanku dengan sebaik-baiknya sejak lebih 20 tahun dahulu, tuanku tetap
memilih untuk menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.”
“Semua
itu tidak menjadi persoalan dalam urusan cinta. Beta berhak membuat apa sahaja
pilihan dan rakyat jelata serta seluruh isi istana tidak akan dan tidak berhak
mempersoalkan apa-apa keputusan beta.”
“Memang
demikianlah tanggapan golongan pemerintah. Mereka tidak sedar bahawa golongan
rakyat yang sebenarnya berkuasa bagi memastikan mereka terus berada atas
singgahsana. Namun, kita lupakan dialog berkaitan topik itu dan kita tumpukan
pada persoalan utama.”
“Jangan
pula pada suatu hari nanti, apabila ayahanda bertanya kepada rakyat jelata,
sama ada mereka masih bersedia untuk dipimpin oleh keturunan kita, mereka pula
lantang memberikan jawapan ‘tidak’ berikutan ketidakpuasan dalam diri.”
Dipetik
secara rambang daripada buku Ramayana dan Mahabharata (2019).