Berapakah jarak masa antara kisah-kisah yang berlaku dalam
epik Ramayana dan Mahabharata?
Dalam epik Mahabharata, Maharisyi Markandeya
bertemu adik-beradik Pandava di hutan. Maharishi itu menyebut bahawa Rama telah
hidup “ratusan ribu” tahun dahulu.
Dalam epik Mahabharata juga, sewaktu berada di hutan, Bhima bertemu seekor kera tua. — [Baca kisah itu] Bhima menceritakan
kepada kera tua itu (sebenarnya Hanuman) bahawa sekiranya Hanuman masih hidup,
umurnya “sejuta” tahun.
Maka, secara perkiraan mudah, terdapat jarak masa sekitar
sejuta tahun antara kejadian dalam epik Mahabharata
dan Ramayana!
Agak menarik juga untuk diperhatikan bahawa beberapa watak
dalam epik Ramayana turut muncul
dalam epik Mahabharata. Bukan hanya
watak dewa-dewi tetapi juga maharisyi.
Kini, anda boleh membaca bahagian awal kedua-dua epik
berkenaan dalam sebuah buku — Ramayana dan Mahabharata (2019).
Lihat juga — Pakaian Draupadi: Siapa Pemberi? — Yaksa yang Merindui Isterinya