11 Sept 2018

Bhima dan Hanuman

MT Vasudevan Nair

Peminat sastera Tamil mungkin pernah membaca novel berjudul Irandam Idam (2000). Ia sebenarnya diterjemah oleh Kurunjivelan daripada karya asal Bahasa Malayalam oleh MT Vasudevan Nair berjudul Randamoolam (1984).

Novel berkenaan dilihat pengkaji sastera sebagai karya terbaik sasterawan berkenaan. Sebuah filem berdasarkan Randamoolam khabarnya sedang diusahakan.

Irandam Idam

Karya itu menang Anugerah Vayalar (1985) dan Anugerah Muttathu Varkey (1994). Terdapat dua terjemahan Bahasa Inggeris, iaitu Second Turn (1997) dan Bhima: Lone Warrior (2013).

Saya menerima naskhah saya daripada Bibu Lal pada 1 November 2018

Kisah yang berlaku dalam epik Mahabharata dikisahkan semula dari sudut penceritaan watak Bhima yang dilihat sebagai “adik” kepada Hanuman.


Bhima terpaksa “mengalah” kepada abangnya, Yudhistra, dalam soal pentadbiran kerajaan. Dia juga terpaksa “mengalah” kepada adiknya, Arjuna, dalam soal keperwiraan. Bhima berjaya membunuh kesemua 100 Kaurava; tetapi namanya kurang menjadi sebutan.


Bagaimanakah perasaan dan dilema dalam diri Bhima pada akhir kehidupannya apabila dia terkenang kembali segala apa yang berlaku dalam kalangan Pandava dan Kaurava? Itulah yang cuba diangkat secara penuh jaya oleh MT Vasudevan Nair menerusi Randamoolam.

Randamoolam

Langkah pengarang dan pemikir sastera mengkaji semula karya klasik untuk melihatnya dari sudut lain dengan pandangan berbeza bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, tindakan berkenaan membantu khalayak meneliti semula teks asal dengan lebih kritis.


Sementara itu, novel parodi retorik Hanuman: Suara Hati (2013) pula menceritakan semula kisah-kisah dalam epik Ramayana dari sudut pengalaman Hanuman.