18 Sept 2019

Reaksi Pembaca — Murali Mohan


“Tapi seronok juga mendengar datuk bercerita,” kata Hussain dalam buku Ramayana dan Mahabharata (2019).

Begitu juga saya. Walaupun saya boleh merujuk dan membaca epik Mahabharata dan Ramayana versi Tamil, saya masih mahu membaca karya Uthaya Sankar SB.

Buku ini selamat diterima pada 14 September 2019 dan habis dibaca dengan penuh minat dalam masa sehari.

Saya membayangkan diri saya sebagai salah satu daripada kanak-kanak/remaja — Ganesh, Dhurga, Hassan dan Hussain — yang mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek dan datuk masing-masing.


Begitu mudah memahami setiap kisah yang terkandung dalam karya ini. Seperti diharapkan, buku ini berjaya meremangkan bulu roma saya!

Misalnya, semasa membaca kisah ikrar yang dilafazkan oleh Devavrata,  titisan air mata turut gugur.

Begitulah pelbagai cerita dalam buku ini berjaya mencerahkan minda saya, yang sebelum ini gelap tanpa mengenali sepenuhnya aspek-aspek kebenaran (dharma) dalam karya klasik India seperti epik Ramayana dan Mahabharata. Murali Mohan — [Lihat juga: Pandangan Pembaca Budiman