30 Sept 2019

Sesi Penghayatan Karya Sasterawan Kavyan


Penulis kaum India turut menyumbang kepada perkembangan bidang penulisan sastera Bahasa Malaysia, Tamil, dan Inggeris di negara ini sejak dahulu.

Dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia, penglibatan penulis kaum India semakin ketara sejak tahun 1970-an. Esei seperti “Sasterawan Kavyan dan Sastera Kebangsaan” (Dewan Sastera, Jun 2017) serta “Kaum India dan Sastera Kebangsaan” (Eksentrika, 2019) menghuraikan perkembangan ini secara mendalam.

Sesi Penghayatan Karya Sasterawan Kavyan pula diadakan khusus untuk meneliti sumbangan golongan penulisan ini secara lebih mendalam dan ilmiah.

Tarikh: 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Universiti Malaya (UM)
Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia

Uthaya Sankar SB selaku pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) serta pengkaji bahasa, sastera, dan kebudayaan akan membentangkan topik “Sumbangan Penulis Kaum India kepada Perkembangan Sastera Kebangsaan” berdasarkan kajian ilmiah yang sedang dijalankan.

Beberapa penulis kaum India (Sasterawan Kavyan) dan para peserta yang hadir akan turut diberi peluang sama rata untuk berkongsi pengalaman, pandangan, kritikan, dan pertanyaan dalam sesi perbincangan ilmiah ini.

Yuran komitmen (commitment fee) RM10 dikenakan semasa mendaftar, dan peserta akan menerima cenderamata buku karya Sasterawan Kavyan apabila menghadiri Sesi Penghayatan Karya Sasterawan Kavyan.

Hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya Sankar SB) jika anda berminat menyertai sesi ilmu ini. Penyertaan dibuka kepada 10–15 orang sahaja. Penyertaan akan ditutup apabila jumlah peserta sudah mencukupi.