Islam adalah indah. Islam adalah mudah. Islam
menggalakkan salam (keamanan). Itu
antara perkara paling asas yang diketahui dan diakui oleh semua pada peringkat
antarabangsa.
Bagaimanapun, nampak gayanya, keadaan
sedikit berbeza dalam konteks di Malaysia kerana sentiasa ada pihak tidak
bertanggungjawab yang cuba mencemarkan kesucian dan keindahan Islam dengan
memanipulasi nama Islam itu sendiri.
Dalam perkembangan terkini – dan masih
hangat – adalah isu “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara”
anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
pada 6 Mei 2014.
Seperti yang saya tegaskan dalam laporan polis pada 8 Mei 2014, sebagai
pengamal multifaith (percaya pada
ajaran semua agama), saya membidas kandungan seminar itu yang dijadikan
platform mempersenda ajaran Kristian dan penganut Kristian secara keseluruhan.
Apabila saya berpeluang membaca buku Pendedahan Agenda Kristian (2014)
terbitan MAIS, perasaan saya amat terganggu.
Seperti yang saya nyatakan dalam makalah bertajuk “Benarkah ini agenda Kristian?” (Projek Dialog, 16 Mei 2014), saya berjaya mendapatkan senaskhah buku itu pada 15 Mei 2014 dan terus membacanya dengan penuh teliti.
Seperti yang saya nyatakan dalam makalah bertajuk “Benarkah ini agenda Kristian?” (Projek Dialog, 16 Mei 2014), saya berjaya mendapatkan senaskhah buku itu pada 15 Mei 2014 dan terus membacanya dengan penuh teliti.
Perasaan saya terganggu bukan sahaja kerana
buku itu berciri anti-Kristian serta boleh diklasifikasikan sebagai bahan
bacaan berunsur fitnah terhadap ajaran Kristian dan penganut Kristian.
Selain daripada itu, saya terasa amat
bimbang kerana buku itu khabarnya telah diedarkan secara percuma kepada peserta
– majoriti Melayu-Islam – yang menghadiri (atau
dipaksa menghadiri) seminar berkenaan.
Saya
mempunyai alasan untuk berasa khuatir bahawa buku Pendedahan Agenda Kristian boleh menjadi pencetus, pemangkin dan
penggalak kepada lebih ramai orang Melayu meninggalkan agama Islam (murtad;
daripada kata “riddah” dalam bahasa
Arab) dan memilih untuk memeluk agama Kristian.
– Makalah ini ditulis pada 18 Mei 2014 dan disiarkan di Projek Dialog pada 18 Mei 2014 [BACA MAKALAH PENUH DI SINI]
– Makalah ini ditulis pada 18 Mei 2014 dan disiarkan di Projek Dialog pada 18 Mei 2014 [BACA MAKALAH PENUH DI SINI]