26 Jul 2024

Kumpulan Cerpen Uthaya Terbitan FIXI

Judul: CERPEN

ISBN: 978-629-76930-2-6

Kategori: Cerpen, Cereka, Fiksyen, Faksyen

Penulis: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Buku FIXI

Kurator: Amir Muhammad

Perunding: Hani Suraya

Foto Kulit: Adam Taufiq Suharto

Reka Letak: Teck Hee

Tarikh Terbit: 22 Ogos 2024

Tebal: 270 halaman

Harga Pasaran: RM28 (tidak termasuk kos pos)

Harga Diskaun: [rujuk di sini]

 

“Buku ini ialah koleksi 28 cerpen terpilih yang dihasilkan oleh Uthaya Sankar SB dari tahun 1993 hingga 2024. Walaupun sering dilabel sebagai penulis yang sombong dan hanya menulis karya sastera serius, koleksi ini mendedahkan sisi lain yang kurang diketahui umum. Uthaya mampu menyampaikan isu berat dengan gaya santai dan bahasa layman.” – Blurb

Cerpen-cerpen dalam koleksi ini bukan sekadar fiksyen suka-suka. Sebaliknya, setiap satu merupakan rakaman peristiwa dan situasi sosiopolitik negara pada waktu karya itu ditulis. Sebagai seorang yang pelupa, saya sendiri seronok membaca semula cerpen-cerpen ini. Saya percaya anda juga akan menikmatinya sambil senyum kambing dan senyum kucing.

Saya menulis secara aktif mulai tahun 1991. “Bitara Sita” merupakan cerpen pertama saya yang tersiar di akhbar Mingguan Malaysia serta mendapat saguhati dalam Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (1993). Cerpen “(2) Postmortem” pula tembus ke majalah Dewan Sastera pada Februari 1994, iaitu pada usia 22 tahun. Cerpen “Scammer” pula karya baharu yang belum tersiar di mana-mana.

Nama yang jarang diangkat seputar dunia penulisan di Malaysia sebab dia tidak pandai mengampu atau tunduk kepada kuasawan. Namun, bak kata pepatah untung sabut timbul, Uthaya tetap aktif menulis sejak tahun 1991. Pengarang Gen X ini pernah menjadi penyunting berita TV di RTM dan pensyarah kolej swasta, tapi memilih kerjaya penulis sepenuh masa pada tahun 2011.” – Buku FIXI

[YouTube - Sedikit Pengenalan]

Cerpen-cerpen dalam koleksi ini dipilih dan disunting oleh Amir Muhammad dengan mengambil kira selera generasi muda dan usaha menyajikan bahan bacaan bermutu yang bervariasi serta mampu mencabar minda. Bagi pembaca lebih dewasa pula, ini koleksi untuk dibaca dan mengimbas kenangan silam. Oh, ya! Buku ini sudah siap diletak label “untuk pembaca matang”. Jadi, jangan ada sesiapa gelabah tetek pula.

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952.