3 Sept 2024

“Saya Mahu Baca Buku Nari! Nari!”


Nak Buat Apa?

Saya (Uthaya Sankar SB) sedang berusaha mendapatkan sumbangan/tajaan daripada orang ramai supaya sekumpulan kanak-kanak pelbagai kaum daripada latar keluarga berpendapatan rendah (B40) berpeluang memiliki kumpulan cerita rakyat India berjudul Nari! Nari!

 

Buku Apa?

Buku Nari! Nari! terbit pada tahun 2015 dan diulang cetak pada 2023 dalam edisi hitam-putih untuk diedarkan ke beberapa sekolah rendah. Terkini, diulang cetak lagi pada September 2024 supaya generasi muda ada akses kepada bahan bacaan bermutu dalam Bahasa Malaysia.



Judul: Nari! Nari!

Kategori: Kumpulan Cerita Rakyat India

ISBN: 978-967-13624-0-2

Diceritakan semula oleh: Uthaya Sankar SB

Ilustrasi oleh: Teh Hun Yi

Penerbit: Uthaya Sankar SB

Tebal: 200 halaman

Tahun terbit: 2024 (Cetakan Ketiga)

Nota: Edisi hitam-putih disertakan kod QR bagi petikan terpilih


[Baca: Usaha Memupuk Minat Membaca ...]

 

Siapa Boleh Dapat?

Kriteria pemilihan kanak-kanak yang layak menerima hadiah buku cerita adalah seperti berikut:

  1. Keluarga berpendapatan rendah (B40)
  2. Ibu bapa tidak mampu membelikan buku cerita
  3. Berumur 8 hingga 13 tahun pada 2024
  4. Berminat membaca buku cerita Bahasa Malaysia


Siapakah Pencalon?

Nama kanak-kanak perlu dicalonkan oleh individu yang saya kenali — guru, rakan-rakan, pemimpin komuniti, dan seumpamanya. Setiap individu boleh mencalonkan empat (4) orang sahaja. Pastikan hanya mencalonkan kanak-kanak yang benar-benar memenuhi kesemua kriteria di atas. Hubungi saya untuk borang pencalonan.

 

Siapa Boleh Menyumbang?

Orang ramai dipelawa memberi sumbangan ikhlas supaya kanak-kanak berkenaan boleh memiliki buku Nari! Nari! untuk dibaca. Sumbangan RM50 membolehkan empat (4) kanak-kanak menerima hadiah buku. Kos bagi Sarawak dan Sabah lebih tinggi tetapi akan ditanggung oleh saya. Penyumbang akan menerima resit bagi pembelian empat (4) buah buku pada harga RM50.



Bagaimana Prosedur?

Gerak kerja seperti berikut:

  1. Pencalon mengemukakan maklumat kanak-kanak (dengan izin ibu bapa).
  2. Pencalon mengirim foto kanak-kanak (kumpulan/individu).
  3. Foto kanak-kanak dipaparkan di media sosial.
  4. Orang ramai yang sudi menyumbang perlu menghubungi saya (Uthaya Sankar SB) untuk nombor akaun bank.
  5. Penyumbang menerima resit bagi pembelian buku berkenaan.
  6. Buku dikirim melalui pos kepada pencalon untuk diserah kepada kanak-kanak terbabit.
  7. Pencalon mengirim foto kanak-kanak memegang buku cerita Nari! Nari!
  8. Foto itu dipaparkan di media sosial dan blog dengan menyebut nama penyumbang. Foto juga dikirim secara peribadi kepada penyumbang.

 

Jika Ada Soalan?

Jika mahu mencalonkan nama kanak-kanak, atau sudi menyumbang, atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 31 Oktober 2024.