5 May 2014

Nota Selfie untuk Najib

My selfie with President Obama!” Demikian catatan pada foto yang dipaparkan dengan penuh bangga oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook pada 27 April 2014 selepas berpeluang bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
 
Sebagai seorang pengamal media dan perunding media, saya hanya mampu menepuk dahi memikirkan kejahilan dan kebodohan Najib terhadap istilah sebenar.
 
Foto yang dipaparkan bukanlah “selfie” tetapi “usie”. Mungkin Najib tidak berpeluang mendengar penerangan lengkap yang diberikan bersama-sama Arlene Tan, Gouri Krishnan dan Tan Kim menerusi slot “Asean Breakfast Call” (Durian Asean, 14 April 2014).
 
Mungkin tidak ada sesiapa yang membisikkan ke telinga Najib bahawa “selfie” (atau lebih popular sebagai #selfie) melibatkan seorang sahaja.
 
Sekiranya foto yang dirakam itu menampilkan lebih daripada seorang – kecuali Najib dan Obama adalah satu orang – maka istilah yang betul adalah “usie” (atau #usie).
 
Beberapa fakta yang disajikan secara mudah menerusi makalah ini bertujuan berkongsi maklumat bersama-sama orang ramai supaya kita tidak terus jahil, khilaf dan mengulangi “kebodohan” yang dipamerkan oleh pemimpin.
 
Berkenaan usie Najib bersama Obama, timbul pula persoalan apakah tidak ada seorang pun manusia yang berada di tempat itu pada masa berkenaan untuk tolong ambilkan foto mesra mereka berdua.
 
Saya mengandaikan bahawa usie itu dirakam di tempat terbuka dan bukannya semasa Najib dan Obama berdua-duaan di tempat terselindung atau peribadi seperti bilik air dan tandas. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] – Baca juga: “Panduan Selfie untuk Najib