Monday, 5 May 2014

Panduan Selfie untuk Najib

Orang yang gemar mengambil “selfie” mungkin ada masalah psikologi serta memiliki keyakinan diri yang rendah. Mereka juga ketara sanggup melakukan apa sahaja untuk diterima oleh rakan-rakan di laman rangkaian sosial.
 
Demikianlah antara maklumat yang saya pelajari hasil membaca pelbagai jurnal, makalah dan laporan berkaitan amalan merakamkan foto sendiri menggunakan telefon pintar atau kamera digital yang dipegang dengan tangan.
 
Salah seorang yang turut dijangkiti demam selfie (atau sering ditulis sebagai #selfie) ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Mungkin kerana tidak ada sesiapa yang sudi merakamkan foto beliau bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, maka Najib terpaksa merakam sendiri foto yang kemudian disebarkan menerusi Facebook dengan catatan “My selfie with President Obama!”
 
Bagi orang ramai yang turut merakamkan foto seperti ini, harap maklum bahawa istilah sebenar adalah “usie” (sering ditulis #usie). Orang ramai yang suka merakam selfie dan usie juga boleh memanfaatkan beberapa petua dan panduan yang dikongsikan di sini berdasarkan pengalaman dan pembacaan saya.
 
Malah, beberapa petua sempat saya kongsikan bersama-sama Arlene Tan, Gouri Krishnan dan Tan Kim menerusi slot “Asean Breakfast Call  di Durian Asean pada 14 April 2014. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] – Baca juga: “Nota Selfie untuk Najib