24 Mar 2014

Kekasihku, Telefon Pintar

“Apabila kita bertemu, tolong jangan luangkan separuh daripada masa pertemuan itu dengan telefon pintar anda. Saya mahu meluangkan masa bersama-sama anda – bukan menyaksikan anda bercinta dengan telefon pintar anda.”
 
Demikianlah terjemahan mesej ringkas (SMS) yang biasanya saya kirim kepada mana-mana individu yang mahu berjumpa dengan saya; biasanya untuk minum dan berbual-bual santai.
 
Sudah banyak kali saya bertemu rakan-rakan dan kenalan tetapi saya terpaksa duduk bersendirian sementara individu itu pula sibuk menjawab/membuat panggilan, membaca/membalas SMS, membaca/menulis mesej WhatsApp, menyemak perkembangan terkini di Facebook, melihat foto terbaru di Instagram dan sebagainya menggunakan telefon pintar (smartphone). [Topik berkaitan: Psikologi Pengguna Facebook]
 
Saya menyatakan mengenai sikap dan pendirian saya dalam hal ini menerusi catatan di ruangan status Facebook pada 19 Mac 2014. Lalu, seorang kenalan – seorang guru besar – menyatakan bahawa perkara seperti itu sudah menjadi kebiasaan pada masa kini.
 
Itulah masalahnya. Kita lupa bahawa apabila sesuatu sudah menjadi kebiasaan (common), tidak bermakna ia harus dibenarkan (allowed) dan diterima (accepted). Kita mungkin mahu bertolak-ansur kerana tidak mahu melukakan hati kenalan tersebut yang sedang sibuk dengan telefon pintarnya.
 
Bagi saya secara peribadi, saya lebih rela bangun dan pergi (walk away) daripada duduk seperti orang bodoh (atau patung) sementara “rakan” saya sibuk melayan rakan-rakan lain menerusi telefon pintarnya. [BACA MAKALAH PENUH]