21 Feb 2012

SMS Tokoh Lidah Bercabang

Berikut sebahagian daripada mesej yang diterima daripada seorang individu berhubung kontroversi novel Interlok Edisi Murid. Saya paparkan SMS ini berikutan tindakan seorang “tokoh lidah bercabang” menyebarkan fitnah dan pembohongan mengenai saya dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) kepada beberapa editor di beberapa penerbitan (termasuk DBP) sejak awal tahun 2012.

18 Januari 2011, 9:36 malam

Berhati-hatilah Uthaya lepas ni dngn org ni [Raja Rajeswari]. Skrip yg sama sekarang yg diucapkan, oleh beberapa orang dah kpd sya, “Ni semua [kontroversi Interlok] kerja Uthaya.”

18 Januari 2011, 11:13 malam

Berhati-hati je lah, Uthaya. Sebelah dgn Uthaya lain, sebelah lagi lain. Semua yg dtg dngan si Salleh Rahmat yg cetek ilmu tu, guna frasa yg sama trhadap Uthaya.

19 Januari 2011, 6:42 petang

SEMUANYA SUDAH SAKIT MENTAL !!! SAYA SANGAT GERAM SEBENARNYA UTHAYA DENGAN ORANG-ORANG BODOH INI. TAK HABIS-HABIS OTAK SEMPIT, FIKIRAN DANGKAL DAN PERANGAI PELIK MEREKA. BERKALI-KALI KUMPULAN SI SALEH TU DATANG PADA SAYA MEMBERI TAHU SAYA, “NI SEMUA KERJA UTHAYA.” ... SEMUA SEKARANG DAH MERAPU !!!

19 Januari 2011, 9:20 malam

Kesimpulannya, Uthaya, bila saya tanya apa yg Uthaya buat, susah pula nak jwb. ... Inilah cara mreka brhujah, apabila ada kebenaran, mreka alih pula ke lain !!! Mau kah layan org2 semacam ni?

20 Januari 2011, 9:31 malam

Gapena dah kena pecah masuk . . .

21 Januari 2011, 10:41 pagi

Uthaya, apa orang India nak ambil? Dokumen apa yg sulit sangat tentang Interlok tu ? Logiknya ???

21 Januari 2011, 2:05 petang

Sapa org India yg bodoh sgt gi cari dokumen tu? Dokumen apa? Nak buat apa? Kalau sekadar dokumen Gapena atau dokumen Borhan Md Zain, piiirahhh !!! Semua tu nonsense la Uthaya.

24 Januari 2011, 12:05 tengah hari

Uthaya, “Interlok” punyai hikmah yg besar rupa2nya. Ia mendedahkan banyak tembelang yg terselindung selama ini. (1) Royalti besar. Patutlah semua melobi karya/buku jadi teks. (2) Kaedah pemilihan yg haprak. (3) Berkemungkinan wujudnya amalan rasuah sbb karya yg tak penuhi kriteria terpilih. (4) Idealisme dan kemurnian pendidikan anak bangsa diperlekehkan. (5) Tiba2 sahaja sahabat awk tu [Raja Rajeswari] mengakui dia pengkaji kesusasteraan Melayu. Apa yang telah dikaji? (6) Banyaknya rakyat Malaysia yg suka bercakap, tapi tak tau apa yg dia cakapkan, dan (7) Apalah bongok sasterawan tanah airku [Datuk Abdullah Hussain] rupa2nya cakap tak serupa bikin. Lapor kepada Yang Arif [ruangan di Free Malaysia Today].

27 Januari 2011, 9:12 malam

Tahniah! [Interlok Edisi Murid akan dimurnikan] Perjuangan sdr tidak sia2. Agaknya bagaimana rupa badut2 yang menghina sdr skrg ya?

27 Januari 2011, 9:19 malam

Dah agak dah, dasar org tak ada ilmu tapi berlagak serba tahu akhirnya makan diri! Apa pun keputusan ini [Interlok Edisi Murid akan dimurnikan] memang satu tamparan hebat kpd mereka.

27 Januari 2011, 9:27 malam

Bagi sy dia [Saleeh Rahamad] tu tak ubah macam org gila. Anggaplah kata2nya spt anjing yang menyalak!

1 Februari 2011, 9:34 pagi

Si Salleh amat pembenci !!! Sekarang saya semakin kenal dia, nampak dewasa tapi tak matang, tunjuk bijak tapi haprak.

Nota: Sekiranya ada sesiapa yang mahu melihat sendiri SMS berkenaan sebagai bukti, sila hubungi saya sebelum 1 Mac 2012. Sila maklum bahawa setiap pertemuan akan dirakam (audio dan visual) bagi tujuan dokumentasi.


Catatan: Seorang “pemenang anugerah sastera peringkat Asia Tenggara” turut didapati menghubungi beberapa editor di beberapa penerbitan (termasuk DBP) dan “meminta” supaya jangan menyiarkan karya-karya saya dan Kavyan; kononnya ada unsur penyebaran agama Hindu. Ternyata “pemenang anugerah peringkat Asia Tenggara” itu tidak memikirkan kemungkinan kata-katanya dirakam atau bahawa Tuhan sentiasa bersama orang yang benar!

Pendedahan: Ketahui identiti pengirim SMS terbabit dengan membaca makalah "Interlok dan Tokoh Lidah Bercabang