Tuesday, 18 January 2011

Yang Arif ...

Saya dipelawa menulis artikel dalam portal berita dalam talian, Free Malaysia Today; mungkin selepas pihak tertentu membaca laporan mengenai bukti-bukti yang dikemukakan dalam Taklimat Khas Kavyan Mengenai Interlok Edisi Murid pada 16 Januari 2011; serta menyaksikan rakaman “ucapan” saya pada 15 Januari 2011 yang disiarkan di Malaysiakini [TONTON DI SINI]. Terima kasih, Gapena!
.

Saya sengaja menulis sebuah artikel pendek pada 17 Januari 2011 dalam bentuk brief yang digunakan di mahkamah bagi menguatkan hujah saya berhubung beberapa persoalan berkaitan novel Interlok (edisi murid) yang sedang terus – dan teruk – dipolitikkan oleh orang dalam politik dan orang di luar politik.

.

Yang Arif,

.

Sebagaimana dalam taklimat Kavyan pada 16 Januari 2011, saya percaya artikel ringkas ini mampu menjernihkan persoalan yang timbul berhubung “kekebalan” teks yang cuba dipertahankan pihak tertentu.

.

Malah, saya mengakhiri artikel itu dengan kata-kata: “Yang Arif, I rest my case”. Secara tidak langsung, saya sedang menghujahkan kes saya di hadapan individu yang “arif”, bukan kelompok manusia yang sekadar dikuasai emosi dan fanatik perkauman.

.

Artikel ini disiarkan secara bersiri di Free Malaysia Today mulai 18 Januari 2011. Sudilah membacanya jika ada masa - SILA KLIK DI SINI.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!