Monday, 17 January 2011

Kavyan Kemuka Bukti Kukuh Buku Perlu Dimurnikan

SHAH ALAM – Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengemukakan beberapa alasan dan bukti yang mewajarkan pendirian kumpulan itu meminta novel Interlok edisi murid dimurnikan dengan membetulkan kesalahan fakta dan unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti kaum dan bersifat menghina.
.

Presidennya, Uthaya Sankar SB berkata, pelbagai kesalahan fakta itu ditenggelami polemik berpanjangan yang dipolitikkan oleh pihak yang berkepentingan. [BACA DI SINI]

.

“Dalam pada Kavyan membantah tindakan mana-mana pihak membakar novel tersebut, kami berpegang teguh mahu segala kesilapan dalam novel Interlok edisi murid diperbetulkan.

.

“Penulisnya, Datuk Abdullah Hussain tidak patut sama sekali dipersalahkan dalam isu ini kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab adalah dua editor yang menyunting edisi murid tersebut,” katanya sewaktu menyampaikan taklimat khas mengenai novel Interlok edisi murid di Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU), di sini, semalam.

.

Majlis ilmu ini dihadiri penulis, wartawan, pustakawan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan peminat sastera pelbagai kaum.

.

Uthaya berkata, hasil kajian Kavyan sejak Disember lalu mendapati novel edisi terdahulu memang telah dimurnikan, disunting dan dibuang beberapa perenggan dalam edisi murid yang diterbitkan tahun lalu.

.

“Terbukti sebenarnya tidak timbul soal novel edisi murid itu tidak boleh disunting langsung untuk membetulkan pelbagai kesalahan fakta yang masih wujud, seperti diperjuangkan pihak tertentu.

.

“Kavyan juga bersedia memberi taklimat kepada mana-mana pihak yang masih kurang faham dan empati mengapa masyarakat India di Malaysia kecewa dengan paparan bahagian tertentu dalam novel edisi murid tersebut,” katanya.

...

Antara fakta yang perlu dimurnikan mengikut pandangan Kavyan:


* Penari Kathakali sebenarnya tidak memakai topeng

.

* Kedudukan geografi Kerala yang tidak tepat dalam novel edisi murid

.

* Statistik taburan etnik yang meragukan

.

* Watak-watak kaum India digambarkan bagaikan tidak pernah bersembahyang

.

* Dalam budaya India, isteri tidak memanggil suami menggunakan namanya (si suami)

.

* Bapa tidak dipanggil papa

.

* Mahatma Gandhi sendiri mementingkan kemanusiaan serta menggunakan istilah ‘Harijan’ (Children of God) apabila merujuk kepada golongan yang digelar paria

.

* Sepatutnya kasta Brahmin, bukan Brahma

...

(Disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 17 Januari 2011. Sila KLIK DI SINI untuk laporan di Free Malaysia Today. Baca lebih banyak hujah rasional DI SINI.)

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!