21 Sept 2012

Quotable Quote - Hindu

[Sila klik untuk membesarkan paparan di atas]
 
Dapatkan maklumat lanjut mengenai isu "ada unsur penyebaran agama Hindu" dengan membaca keempat-empat makalah berikut:
 
 
 
 
Reaksi rakan-rakan dan kenalan turut dipaparkan di blog saya mulai 1 Oktober 2012 - Mulakan DI SINI untuk membaca pandangan rakan-rakan dan kenalan.

NOTA PENTING: Harap maklum bahawa “tuduhan” si penolong editor terbabit kononnya Puan Padilah Haji Ali pernah meminta karya-karya saya diboikot oleh majalah-majalah DBP adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Hal ini kerana sepanjang Puan Padilah menjadi Ketua Bahagian Majalah DBP, karya saya tetap tersiar di majalah-majalah DBP. Terkini di Tunas Cipta (April 2012) dan Dewan Pelajar (Jun 2012). Terbaru, karya saya juga disiarkan pada Oktober 2012: "Catatan Dari Beijing", "Penulis dari Pulau Cinta" dan "Perjalanan Seusia 21 tahun Bermula dengan MPR". Semoga tidak ada sesiapa yang terpengaruh dengan “tuduhan tidak berasas” yang dilemparkan si penolong editor terbabit. Cerpen "Chitra Paurnami" yang dituduh "ada unsur penyebaran agama Hindu" itu boleh dibaca dalam buku Kisah dari Siru Kambam (2013).

HARAP MAKLUM: Selama 10 tahun, saya tidak akan mendedahkan kepada umum nama majalah, nama penerbit dan nama penolong editor terbabit kerana isu di sini adalah mengenai tindakan seorang individu; bukan melibatkan editorial majalah dan syarikat penerbitan berkenaan. Nama majalah Dewan Sastera hanya didedahkan di blog pada 24 Januari 2023. ISU BERKAITAN: Tokoh Lidah Bercabang ... TOPIK BERKAITAN: Cerita Kecil Tentang Agama Hindu ... Perlunya Dialog Antara Agama ... Melayu dan Islam ... Kesabaran Kami Ada Had ... Bahasa Malaysia dan Agama Hindu ... Anda juga mungkin berminat membaca kisah-kisah MAHABHARATA dan RAMAYANA yang diceritakan semula oleh Uthaya untuk bacaan generasi muda pelbagai kaum dan agama.