Paparan di atas dimuatkan di laman rangkaian sosial Facebook pada 24 September 2012, sekitar 4:00 petang untuk mendapatkan reaksi daripada rakan-rakan dan kenalan berhubung dakwaan "ada unsur penyebaran agama Hindu" dalam cerpen saya. Maklumat yang dikumpul sehingga 26 September 2012 dimasukkan dalam dua makalah manakala komen-komen yang diterima selepas itu dimuatkan di blog mulai 1 Oktober 2012 bagi tujuan dokumentasi. Anda juga dipelawa mengemukakan pandangan berhubung perkara ini. Hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau hantar mesej menerusi Facebook. Pandangan dan komen ikhlas anda amat dihargai.