Sebagai salah seorang mangsa royalti teks Komsas, saya
mula mengenali Uthaya Sankar SB secara dekat
sejak Julai 2011 apabila beliau tampil membantu saya dan beberapa rakan
memperjuangkan hak. Sepanjang saya mengenalinya, beliau bersikap profesional
dan pada masa sama, sangat memahami masalah dan juga perasaan orang lain. Walaupun berdepan dengan fitnah kononnya
cuba menghasut kami dalam isu royalti
teks Komsas, Uthaya tetap tenang dan tidak melatah. Keunikan ini turut
terpancar menerusi karya-karya yang dihasilkannya. Saya yakin bahawa novel Panchayat, walaupun secara dominan
memaparkan budaya, kepercayaan dan permasalahan masyarakat India, karya sastera
ini tetap sesuai dibaca khalayak pelbagai kaum di Malaysia. – Rohani Deraman (Novelis)
dalam Panchayat: Edisi Khas.