Saya berpendapat, orang mungkin akan terkeliru dengan panggilan
“akka” dan “anni” yang digunakan dalam novel Panchayat: Edisi Khas tetapi bagi pembaca
yang mengetahui maknanya tiada masalah. Ada beberapa bahagian yang menyentuh
hati saya, misalnya apabila Ramani melihat berhala Kaali Devi seperti sedang
memberi restu kepadanya dan apabila tunang Raja mengenakan pakaian serba putih.
Saya berpendapat, novel ini wajar difilemkan. Pengakhiran novel agak
menghampakan kerana cerita tergantung dan pembaca tidak diberitahu apa yang
sebenarnya berlaku. Tetapi ia membuatkan saya menunggu sekiranya ada sambungan
cerita. Manalah tahu kalau-kalau Panchayat
II bakal muncul! – Muthannah Marawan, Kota Kinabalu,
24 September 2012 menerusi Facebook.