Friday, 5 October 2012

Quotable Quote - Bukti

Dalam isu saya dituduh “sebarkan agama Hindu melalui cerpen” ada rakan-rakan yang membaca tiga makalah saya bertanya apakah saya ada bukti. Mereka bimbang saya menulis sesuatu yang tidak benar, menabur fitnah atau membuat tuduhan yang menyentuh soal kaum dan agama; malah boleh dianggap menghasut tanpa fakta sehingga menimbulkan kemarahan orang, selain mungkin mencetuskan rasa tidak puas hati pihak tertentu. Kalau kail panjang sejengkal, masakan lautan hendak kuduga. Kalau tiada bukti dan akal, masakan saya berani bersuara.