24 Mar 2014

Comango, UPR dan Hak Asasi

Umum mengetahui bahawa kebanyakan tuntutan yang dikemukakan oleh Gabungan Badan Bukan Kerajaan Hak Asasi Manusia (Comango) ditolak bulat-bulat oleh kerajaan Malaysia dalam sesi penerimaan muktamad Semakan Berkala Sejagat (UPR) anjuran Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 20 Mac 2014.
 
Laporan Bernama (21 Mac 2014) menyebut bahawa “kerajaan Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan Islam apabila menolak pelbagai tuntutan tidak munasabah dalam 232 syor negara anggota.”
 
Laporan sama memetik Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sebagai menyifatkan Comango yang dianggotai 52 Badan Bukan Kerajaan (NGO) menuntut “hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biskesual dan transgender (LGBT)” yang “jelas bercanggah dengan Islam”.
 
Pada 20 Mac 2014, saya menjadi pemudah cara (moderator) bagi sesi perbincangan mengenai UPR di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Sesi itu berlangsung selama sekitar sejam sementara menunggu siaran langsung dari Geneva menerusi UN Web TV yang kami tonton beramai-ramai.
 
Untuk makluman, proses UPR berlaku setiap empat setengah tahun dan proses yang berlaku pada 24 Oktober 2013 merupakan sesi pusingan kedua bagi Malaysia. [BACA MAKALAH PENUH]