[Secara psikologi, kita tidak akan memeluk orang yang kurang kita
senangi atau tidak berasa selesa.]
Saya pernah berkhidmat sebagai pensyarah
pada waktu yang sama di lebih lima kolej swasta dari tahun 1999 hingga 2007.
Memandangkan saya mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, Moral Education dan Malaysian
Studies, maka pelajar daripada kesemua jurusan di kolej-kolej berkenaan
pernah menjadi pelajar saya.
Sejumlah besar daripada mereka kini menjadi
rakan saya; khususnya menerusi Facebook
sejak 2008. Ramai juga yang masih saya temui dari semasa ke semasa. Sebahagian
lagi sudah menjadi seperti keluarga sendiri.
Salah satu perkara yang selalu diingati
oleh bekas pelajar saya adalah mengenai amalan saya memeluk mereka. Tentu
sahaja perbuatan ini dihadkan kepada pelajar lelaki dan dilakukan di tempat
terbuka, bukan di dalam bilik; bagi mengelakkan sebarang salah tanggap dan
gosip liar.
Secara
psikologi, kita tidak akan memeluk orang yang kurang kita senangi atau tidak berasa
selesa. Untuk rekod, tidak semua pelajar memeluk saya. Ada yang memilih untuk
sekadar berjabat tangan; mungkin kerana tidak selesa atau mungkin kerana mahu
mengekalkan penampilan macho (lelaki
sejati). [BACA MAKALAH PENUH]