19 Mar 2014

Bengkel Penulisan Makalah Budaya

Makalah merujuk kepada rencana, esei atau artikel yang ditulis dalam bentuk karangan mengenai sesuatu topik. Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) pernah beberapa kali menganjurkan bengkel khas bagi penulisan makalah budaya; misalnya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mei 2012.
 
Tarikh: 20 April 2014 (Ahad)
Tempat: Rumah Kavyan, Shah Alam
 
Malaysia yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum, etnik dan agama kaya dengan pelbagai adat, seni dan budaya yang wajar dijadikan bahan penulisan makalah. Bengkel ini bertujuan membimbing peserta mengenai cara-cara mengumpulkan bahan, menyusun bahan dan menghasilkan makalah budaya yang bermutu. Makalah-makalah yang memenuhi syarat akan disalurkan ke majalah Dewan Budaya dan media lain yang sentiasa membuka ruang penyiaran makalah budaya. [MAKLUMAT LANJUT]