2 Jun 2014

Kalimah Allah dari Sudut Lain

Masyarakat umum sepatutnya tidak terpedaya dan menerima bulat-bulat jika ada pihak mengatakan bahawa orang Tidak Islam (Bukan Islam) tidak boleh menggunakan kalimah “Allah”.
 
Sejak kecil, saya biasa menggunakan kalimah itu sebagai nama khas dan saya tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang saya daripada terus berbuat demikian. Saya tahu hak saya.
 
Memanglah isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan The Herald masih belum ada penyelesaian. Mahkamah Persekutuan dijangka menyampaikan keputusan pada 23 Jun 2014.
 
Untuk makluman, pandangan saya di sini tidak ada apa-apa kaitan dengan kes itu. Sebaliknya perkongsian maklumat dan fakta di sini adalah selepas saya meneliti buku Obligation to Preserve the Sanctity of the Name Allah (2013) terbitan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
 
Buku ini diedarkan secara percuma kepada peserta Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Mei 2014; bersama-sama buku Pendedahan Agenda Kristian (2014).
 
Memandangkan Obligation to Preserve theSanctity of the Name Allah adalah buku Bahasa Inggeris dan kebanyakan peserta seminar adalah orang Melayu, maka tidak salah jika saya memetik sebahagian kandungan buku itu menggunakan Bahasa Malaysia.
 
Pada bahagian kesimpulan (halaman 82), ditegaskan bahawa orang Tidak Islam dilarang menggunakan nama Allah, serta keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (National Fatwa Committee) dan Jabatan Mufti (Mufti Department).
 
Sekali lagi, orang ramai usah terpedaya dengan keputusan ini kerana apa yang “dilaporkan” dalam buku itu serta di media arus perdana tidak menggambarkan sepenuhnya keputusan sebenar berkaitan isu berkenaan. – Makalah ini ditulis pada 31 Mei 2014 dan disiarkan di The Malaysian Insider pada 2 Jun 2014 [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] – [RUJUK PELBAGAI MAKLUMAT TAMBAHAN DI SINI]