Kenyataan
media bersama oleh Uthaya Sankar SB dan Perzeus James selepas memberikan keterangan
tambahan kepada pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Rohaini Baharom di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam
pada 7 Jun 2014 (Sabtu), 12:00 tengah hari. Turut hadir ialah peguam mereka,
Annou Xavier.
Kami datang kerana diminta hadir memberikan jawapan bagi
beberapa soalan tambahan. Dengan itu, apabila kami ditanya semula soalan
seperti “mengapa kami tidak puas hati dengan seminar di UiTM pada 6 Mei 2014”,
kami meminta supaya jawapan kami dalam kenyataan pada 16 Mei 2014 dirujuk
semula kerana jawapan kami tetap sama.
Dalam isu seminar ini, bukan soal “kami tidak
puas hati” yang menjadi persoalan tetapi seminar yang berciri anti-Kristian itu
adalah isu negara yang perlu dipandang serius. [Rujuk
maklumat lanjut DI SINI]
Kami menegaskan bahawa
kami tetap mahu polis menyiasat penganjur, penceramah dan semua pihak yang
terlibat dalam penganjuran Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara
di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Mei 2014.
Inspektor Rohaini mengesahkan kepada
peguam, Annou Xavier, bahawa kertas siasatan (IP) sudah dibuka. Maknanya siasatan sudah dimulakan. Kami mahu
siasatan terperinci dilakukan dan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan
kes sama tidak berulang.
Antara soalan tambahan yang ditanya hari
ini adalah sama ada kami menghadiri seminar itu. Jawapannya tidak. Ditanya sama
ada kami ada sebarang rakaman video semasa seminar. Jawapannya juga tidak. Kami
menegaskan bahawa maklumat kami sama seperti kenyataan yang diberikan kepada
Inspektor Rohaini pada 16 Mei 2014 serta laporan polis pada 8 Mei 2014.
Kami ditanya apakah tindakan yang kami harapkan.
Jawapan kami juga tetap sama kerana walaupun sebulah sudah berlalu, kami tidak
mahu kes nasional itu dilupai begitu sahaja. Kami membuat laporan polis (8 Mei
2014) serta tampil memberi keterangan (16 Mei 2014) bagi membantu siasatan IPD kerana seminar
berkenaan memperlekeh, menghina dan memfitnah agama serta penganut agama Bukan
Islam. Kami mahu laporan polis yang kami buat dipandang serius dan siasatan
diteruskan.
Kami tidak dimaklumkan di bawah seksyen
mana siasatan ini sedang dilakukan. Apa yang pasti, pegawai penyiasat
mengesahkan kepada peguam kami bahawa kes sedang disiasat.
Walaupun sudah sebulan, kami tidak akan
melupakan kes ini. Kami akan terus meminta nasihat peguam kami serta menyemak
perkembangan kes ini dengan pihak IPD. Jika dibiarkan, seminar seumpama ini
akan diteruskan pihak tidak bertanggungjawab tanpa mengambil kira sensitiviti
agama, ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Kami juga berharap pihak media akan
memberikan kerjasama dengan membuat liputan perkembangan kes ini dari semasa ke
semasa supaya masyarakat juga berpeluang untuk sentiasa ingat akan kes penting
ini kerana ia melibatkan ketenteraman negara dan sensitiviti agama.
Peguam
kami, Annou Xavier boleh dihubungi melalui
talian 012-2218400 untuk maklumat
lanjut. Foto di IPD Shah Alam: Foto 1 – Foto 2 – Foto 3 – Foto 4 – Foto 5
Laporan di media - Authors Vow to Pursue Case (The Malay Mail Online, 7 Jun 2014), Cops Quiz Again Duo (The Malaysian Insider, 7 Jun 2014), Dua Pengadu Disoal Siasat Kembali (The Malaysian Insider, 7 Jun 2014), Police Question Two (Free Malaysia Today, 7 Jun 2014), Dipanggil Beri Keterangan Tambahan (Roketkini, 7 Jun 2014), Laporan Masih Disiasat (Malaysiakini, 7 Jun 2014), Probe Still Fuzzy (Malaysiakini, 7 Jun 2014)
Laporan di media - Authors Vow to Pursue Case (The Malay Mail Online, 7 Jun 2014), Cops Quiz Again Duo (The Malaysian Insider, 7 Jun 2014), Dua Pengadu Disoal Siasat Kembali (The Malaysian Insider, 7 Jun 2014), Police Question Two (Free Malaysia Today, 7 Jun 2014), Dipanggil Beri Keterangan Tambahan (Roketkini, 7 Jun 2014), Laporan Masih Disiasat (Malaysiakini, 7 Jun 2014), Probe Still Fuzzy (Malaysiakini, 7 Jun 2014)