6 Jun 2014

Dipanggil semula ke IPD

Sebulan selepas “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” di UiTM Shah Alam, Perzeus James dan Uthaya Sankar SB (yang membuat laporan polis pada 8 Mei 2014) dipanggil semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk memberikan keterangan tambahan (selepas kali pertama pada 16 Mei 2014).
 
Tarikh: 7 Jun 2014 (Sabtu)
Masa: 12.00 tengah hari
Tempat: IPD Shah Alam
 
Perzeus dan Uthaya dijangka akan diiringi peguam, Annou Xavier dan Bernard Scott. Selepas memberikan keterangan tambahan kepada pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Rohaini Baharom, mereka berempat (Perzeus, Uthaya, Annou dan Bernard) akan bertemu wartawan untuk memaklumkan perkembangan terkini.
 
Kenyataan media Perzeus dan Uthaya dimuatkan di www.uthayasb.blogspot.com menjelang petang, 7 Jun 2014 -- BACA KENYATAAN MEDIA DI SINI.
 
Pelbagai maklumat tambahan mengenai kes ini boleh dirujuk DI SINI. Atau ikuti perkembangan di Facebook Uthaya dan Facebook Perzeus.