Saya tidak berada di bilik pengetua di mana perbincangan itu berlangsung. Maka, saya tidak boleh memberi sebarang ulasan atau komen. Bagaimanapun, ibu bapa terbabit meminta saya membuat catatan mengenai apa yang berlaku berdasarkan maklumat sah yang mereka salurkan kepada saya.
Sila maklum bahawa catatan ini bukan transkrip lengkap berdasarkan setiap perkataan yang diucapkan tetapi catatan isi-isi perbincangan; seperti yang pernah saya lakukan berkaitan Perjumpaan Bersama Menteri Pelajaran di Menara Parlimen pada 16 Mac 2011 [BACA DI SINI].
Ibu bapa terbabit meminta catatan ini dipaparkan di blog saya supaya boleh dibaca oleh semua. Seperti kata si ibu, “Ini bukan lagi kes tertutup tetapi perlu diketahui semua supaya pelajar lain tidak menjadi mangsa”.
Saya paparkan catatan berkenaan sedikit demi sedikit di blog ini apabila ada masa terluang. Saya tidak akan membuat sebarang komen atau ulasan; sebaliknya hanya melaporkan kandungan perbincangan itu secara objektif.
Untuk memudahkan pembacaan, saya menggunakan tiga warna: Ibu Bapa – Pegawai JPS/PPD – Pengetua. Nama kesemua individu terbabit serta nama sekolah tidak akan dinyatakan. Mulakan membaca Bahagian Satu - DI SINI.