29 Apr 2019

Pengucapan Awam Untuk Politikus


Kita boleh mengakui hakikat — atau terus hidup dalam kepura-puraan — tentang kegagalan Barisan Nasional (BN) sebagai pembangkang dan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan.

PH masih meneruskan mentaliti pembangkang, dan rata-rata politikus PH tidak tahu cara untuk berkomunikasi dengan media dan Rakyat.

BN umpama anak ayam kehilangan ibu, malah ramai yang lari bersembunyi di dalam gua (dengan apa-apa habuan yang ada di tangan).

PH dikatakan hanya layak menjadi “kerajaan sepenggal” dan hari demi hari, mereka sendiri membuktikan kebenaran pandangan ini.



BN lupa bahawa mereka hanya ada masa empat tahun untuk membuktikan mereka masih layak menerima undi Rakyat.

BN dan PH seolah-olah sama-sama “bodoh sombong”. Mereka tahu kelemahan diri dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan untuk membaiki diri.

Akan tetapi, sikap “bodoh sombong” membuatkan mereka terus menggali lubang di bawah tapak kaki.

[Jemput baca — Punca Anwar Dipecat]


Sama ada PH atau BN, perlulah berani mengeluarkan kos untuk melantik perunding imej dan jurulatih pengucapan awam. Juga penulis skrip dan kenyataan media yang bukan daripada kalangan macai, juak-juak dan pemuja.

Politikus PH dan BN perlukan jurulatih dan perunding yang objektif dan berani mengkritik demi kebaikan.

Selagi politikus hanya dikeliling juak-juak, macai dan pemuja, selagi itulah mereka tidak akan mampu untuk berhijrah (maju).


Jika ada mana-mana politikus yang menyedari hakikat dan kebenaran ini, bolehlah menghubungi saya (uthayasb@gmail.com) untuk rundingan seterusnya. WhatsApp 011-11411952.

Atau boleh meneruskan sikap “bodoh sombong” dan membinasakan masa depan diri, Rakyat dan negara.