“Saya menganggap Anwar tidak layak untuk
menerajui negara ini bukan disebabkan oleh soal politik, pertentangan pendapat
dengan saya atau ekonomi tetapi disebabkan moralnya yang rendah. Perbuatan yang
dilakukan oleh Anwar tidak dapat diterima oleh saya, tidak dapat diterima oleh
parti saya dan tidak dapat diterima oleh negara ini.”
“Apa yang saya tahu ialah Anwar tidak layak dan
saya tak fikir ada sebab lain. Dia tidak lagi dilihat boleh diyakini untuk
menjadi pemimpin negara. Saya amat yakin dengan semua bukti yang ada dan apa
yang telah dibuat.”
Menurut Mahathir lagi — dan dilaporkan media cetak pada 9 September 1998 — selain penyiasatan
polis, beliau sendiri membuat siasatan mengenai tuduhan-tuduhan seks terhadap
Anwar dan mendapati bukti-buktinya tidak dapat ditolak lagi.
Tapi mana ada musuh sebenar dalam politik? Kini, Mahathir
pasti kata Anwar adalah suci sesuci-sucinya dan paling layak memimpin
Tanah Melayu.
Bukti-bukti [mengenai tuduhan-tuduhan seks] yang “tidak
dapat ditolak lagi” pada tahun 1998 pasti sudah hilang daripada ingatan … apa
nama … Melayu Mudah Lupa.
Mereka berdua mungkin berkata “Kami sudah melupakan kisah silam” lalu timbul pula persoalan apa yang dimaksudkan:
(A) Benar, dia adalah peliwat tapi sekarang saya mahu dia
jadi PM anda.
(B) Dia sebenarnya telah memfitnah dan menzalimi saya tapi
saya maafkan sebab hanya melalui dialah kini saya ada peluang jadi PM anda.
Catatan ini untuk renungan anak-cucu. Baca juga — Anwar Mahu Bersihkan Nama — Anwar, LGBT dan Super Liberal — Anwar dan Ketuanan Melayu — Saiful and Anwar — Remaja Dalam Almari.