8 May 2017

Wajah Sebenar Puak Dungu Macam Patriots

Benarkah puak The Patriots mengajak bangsa Melayu menjadi hina seperti najis?

Sebaik sahaja buku esei Malaiur Manikam (2015) terbit, tampil satu puak yang mendesak supaya buku berkenaan diboikot. Kononnya, Malaiur Manikam “menafikan sejarah Melayu”.



Puak berkenaan yang memberikan inspirasi kepada kelahiran peribahasa moden Dungu Macam Patriots bertindak melalak, menyalak dan melolong di media sosial selepas seorang (ya, seorang) ketua mereka sempat “selak sepintas lalu” buku esei saya.


Mereka juga berikrar akan menulis sebuah “artikel membedah buku ini” untuk “menjawab” hujah-hujah saya. Akhirnya, selepas lama menunggu, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menulis satu karangan budak-budak yang dimuatkan dalam sebuah buku haram tanpa ISBN. Buku haram, seharam puak itu sendiri!


Hujah yang dikemukakan oleh puak berkenaan yang ternyata dungu dan bangang dimulakan seperti berikut:

“Kononnya isu sensitif yang disentuh oleh Uthaya Sankar SB adalah perlu untuk memastikan perpaduan di Malaysia ini kukuh… kononnya sedemikianlah dakwaan oleh hamba tuhan yang wajah dan posing ala-ala Gandhi, dengan tidak berambut, berkaca mata dan mempunyai tenungan yang mendalam itu. Kononnya dengan berpenampilan sedemikian, maka ianya dapat menipu tingkat intelektual yang terkandung dalam benaknya.

“Sayangnya… seperti kata orang tua-tua kita, jangan menilai sebuah buku berdasarkan kulitnya. Cubaan untuk kelihatan intelektual mungkin hanya sekadar luaran, bukan isinya, terutama yang menyentuh tentang perihal bangsa Melayu itu sendiri.”


Selepas mengemukakan pandangan merapu yang entah apa-apa, penulis karangan itu – harap maklum bahawa puak Dungu Macam Patriots gemar berselindung di sebalik nama-nama samaran kerana mereka memang penakut; malah seorang penulis lelaki turut menggunakan nama Serikandhi dan mengaku dia isteri kepada penulis lelaki itu (dirinya) – mengakhiri karangannya dengan salakan berikut:

“Apakah sebenarnya bangsa India? Tahukah dalam erti bangsa India itu, terdapat sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berbeza kelas antropologi dan linguistik yang diletakkan di bawah nama India? Indo-Aryan, Dravidian dan juga Austro-Asiatic. Ianya berbeza dengan bangsa Melayu yang datang dari kelas antropologi dan linguistik yang sama.

“Sekarang pertanyaan saya, Melayu atau kaum Indiakah yang tidak wujud?”

Memang puak Dungu Macam Patriots amat melucukan! Anehnya, kata-kata merapu mereka mendapat sokongan golongan juak-juak yang ternyata memiliki tahap mentaliti sama dengan ketua puak berkenaan.


Saya tertanya-tanya apakah mungkin puak Dungu Macam Patriots sebenarnya mengalami masalah mental yang membuatkan mereka hidup dalam dunia khayalan? Tanda-tanda halusinasi yang menghampiri skizofrenia ini sama seperti yang mungkin turut ditunjukkan oleh Raja Rajeswari Seetha Raman sejak sekitar tahun 2003.


Andaian saya nampaknya bukan tidak berasas. Baru-baru ini, penulis buku Antara Sejarah dan Mitos (2016), Dr Ahmat Adam menegaskan di Facebook:

“Sejarah mesti berasaskan kebenaran. Tulisan ‘the Patriots’ banyak berasaskan imaginasi. Tanpa mengutamakan kebenaran & kejujuran dan mengakui bahawa kelemahan2 Melayu perlu di atasi kemajuan tidak mungkin dapat dihidu. Bahasa menunjukkan bangsa. Jawa bukan Melayu.”


Seorang pengguna Facebook bernama Abdullah Awang Udin turut berkongsi pandangan seperti berikut:

“Amat malang sekiranya anak2 muda melayu/malaysia menjadikan The Patriots, Srikandi dan konco2nya sebagai sumber dan bahan bacaan sejarah melayu dan asia tenggara, maka menjadilah tersesat, terpesong dan tertipu dengan propaganda penjual2 novel sejarah itu.

“Mereka ini layaknya adalah agen2 kesesatan dalam bidang sejarah, iaitu dengan menampilkan penulisan2 sejarah bermotif supremasi melayu dan kebanggaan jahiliah yang penuh dengan dongeng khayalan, putar belit dan cetek pengetahuan.”


Selain daripada mendedahkan tulisan puak berkenaan sebagai “sejarah imajinasi dan ikut nafsu”, Abdullah Awang Udin juga menegaskan:

“Saya begitu jijik dan keras mencela akan kepada pembawa2 sejarah seperti the patriots dan srikandi dan konco2nya, kerana mereka itu menyeru dan mengajak bangsa melayu menjadi hina seperti najis.”

Tentulah orang ramai berhak untuk membaca tulisan puak berkenaan. Malah, saya juga kadang-kadang membaca tulisan mereka untuk ketawa sendiri kerana amat lucu dengan kebodohan, imaginasi, penafian dan dunia halusinasi mereka.


Malah, ada bahagian tertentu dalam buku Membongkar Rahsia Dunia Melayu (2014) masih sesuai untuk dibaca dan masih terselit fakta. Malangnya, puak berkenaan – pendokong dan juak-juak – terus hanyut dalam dunia halusinasi dan skizofrenia sehingga terus terbabas dari jalan yang benar.


Tidak mustahil, merekalah puak yang diakui oleh Raja Rajeswari sebagai kumpulan yang berusaha sejak 2003 untuk mengangkatnya menjadi penulis terbaik bangsa India.

Semoga Allah segera memberi hidayah dan taufik kepada mereka!