Saturday, 17 October 2015

Tempahan Malaiur Manikam

Kumpulan esei Malaiur Manikam (2015) terbitan DuBook Press merupakan buku esei sulung saya. Buku ini setebal 195 halaman, dan pada 3 November 2015, harga diumumkan RM20 senaskhah. Buku terbit pada 18 November 2015 dan dilancarkan pada 21 November 2015 di MAEPS Serdang. Pada 22 November 2015, puak Dungu Macam Patriots mula menyalak bukit. Pada April 2016, buku ini memasuki cetakan kedua.



Sebaik buku terbit, saya membeli 50 naskhah daripada penerbit untuk dijual sendiri. Stok ditambah 10 naskhah pada 21 November 2015, dan ditambah lagi 40 naskhah pada 26 November 2015. Stok ditambah lagi pada 4 Disember 2015. Stok cetakan kedua (April 2016) diambil pada 22 Ogos 2016 untuk dijual secara dalam talian. Harap maklum bahawa bagi setiap naskhah yang dibeli oleh penulis daripada penerbit, tiada royalti – baca DI SINI.


Setiap naskhah akan ditandatangani dan ditulis nama anda (pembeli).

Harap maklum bahawa tempahan air liur (tanpa membayar) tidak dilayan. 


Untuk pembelian buku-buku lain oleh Uthaya - SILA RUJUK DI SINI



Baca maklumat Perbahasan Malaiur Manikam (30 Januari 2016).


Hubungi saya dengan kadar segera menerusi mesej Facebook atau e-mel uthayasb@yahoo.com.my jika ada sebarang pertanyaan. Baca juga: Pendedahan Pentadbir The Patriots.