2 Sept 2021

Bicara Buku Kavya Sastra

Sesi “Bicara Buku Kavya Sastra” diatur khusus untuk membincangkan, membicarakan, dan membahaskan hal-hal yang terkandung dalam buku Kavya Sastra (2021). Ingat: Ini bukan sesi untuk memuji penulis (Uthaya) dan buku!


Tarikh: 1 Oktober 2021 (Jumaat)

Masa: 9.00 – 11.00 malam

Pelantar: Google Meet

Bahasa pengantar: Bahasa Malaysia

Tarikh tutup: 25 September 2021


Penyertaan dibuka kepada sesiapa yang sudah mula membaca buku Kavya Sastra. Walau bagaimanapun, individu yang berminat wajib mendaftarkan diri bagi melancarkan perancangan dan perjalanan sesi.

Individu yang berminat perlu mengirim maklumat berikut sebelum tarikh tutup ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya):

A. Nama peserta

B. Minimum satu, maksimum dua soalan atau topik berkaitan hal-hal yang terkandung dalam buku Kavya Sastra

Soalan/topik yang tidak ada kaitan dengan kandungan buku Kavya Sastra tidak akan dilayan. Ingat: Ini bukan sesi untuk memuji penulis (Uthaya) dan buku!

Peserta perlu mengemukakan soalan/topik untuk dibincangkan oleh para peserta lain; bukannya menyampaikan ceramah/kuliah tentang sesuatu topik atau bercerita panjang-lebar tentang pengalaman diri.

Setiap peserta perlu terlibat secara aktif dalam sesi ini. Pastikan kamera dan mikrofon dipasang (on) sepanjang sesi. Pemantau yang hanya mahu menjadi penonton dan pendengar tidak diperlukan.

Sesi “Bicara Buku Kavya Sastra” akan dirakam dan disunting untuk dipaparkan di media sosial. Maka, para peserta dinasihatkan supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif sepanjang sesi.


Berikut rakaman video topik perbincangan yang diketengahkan oleh para peserta “Bicara Kavya Sastra” pada 20 Ogos 2021:

1. Chelvi Ganesan — [Tonton Video]

2. Bruwin Jumput — [Tonton Video]

3. M. Mahendran — [Tonton Video]

4. Nageinthini Tewarajan — [Tonton Video]

5. Malini Lakshmi Bai — [Tonton Video]

6. KA.S. Annadurai — [Tonton Video]

7. VK Ezhilarasi — [Tonton Video]

8. Nitha Nairu — [Tonton Video]

Beberapa peserta turut mengemukakan pertanyaan kepada Uthaya mengenai buku Kavya Sastra:

1. Bruwin Jumput — [Tonton Video]

2. M. Mahendran — [Tonton Video]

3. Malini Lakshmi Bai — [Tonton Video]

4. KA.S. Annadurai — [Tonton Video]

5. Bruwin Jumput — [Tonton Video]