1 Aug 2022

Katha Sarit Sagara (Projek Buku 2023)

Judul: Katha Sarit Sagara [working title]

ISBN: [akan dimaklumkan]

Bahasa: Bahasa Malaysia

Penulis: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Uthaya Sankar SB

Senarai penyumbang: [klik di sini]

Kandungan: [akan dikemas kini]

Reka letak: Gemilang Publishing Sdn Bhd

Tarikh terbit: Januari 2023 [jangkaan]

Tebal: [akan dimaklumkan]

Harga pasaran: [akan dimaklumkan] (tidak termasuk kos pos)

 

Sumbangan modal sosial (social capital) amat diharapkan bagi menampung sebahagian kos menghasilkan buku ini. Para penyumbang akan menerima sejumlah buku sebagai tanda penghargaan sebaik buku terbit.

Penting: Pembelian naskhah tunggal pada harga pasaran (tidak termasuk kos pos) hanya dibuka selepas buku selesai dikirim kepada semua penyumbang, tertakluk ada baki stok kerana cetakan terhad.

Jumlah Sumbangan

Modal Sosial

(16 September – 30 November 2022)

Jumlah Hadiah Buku

(Sebagai Tanda Penghargaan)

[termasuk kos pos seluruh Malaysia]

RM50

(Sumbangan RM50 ditutup 31 Oktober 2022)

1 naskhah

(Sumbangan RM50 ditutup 31 Oktober 2022)

RM100

4 naskhah

RM200

10 naskhah

RM300

16 naskhah

RM400

24 naskhah

RM500

30 naskhah

Sumbangan di atas bukan hanya membantu menampung sebahagian kos mencetak buku, malah diharap mampu turut membantu menampung kos-kos lain seperti kajian, bahan rujukan, penulisan, dan reka letak.

Nama penyumbang sehingga 30 November 2022 sahaja sempat dimasukkan dalam buku dan di blog bagi tujuan dokumentasi.

Langkah mudah untuk menyumbang:

1. Deposit sumbangan ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB). [Sumbangan dari luar negara menerusi PayPal – sila hubungi saya]

 

2. Kirim maklumat diri ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya)

(a) Nama Penuh:

(b) Alamat Lengkap (berserta poskod):

(c) Nombor Telefon:

(d) Alamat e-mel (jika ada):

(e) Tarikh Deposit:

(f) Jumlah Sumbangan (RM):

 

Nota: Bagi penyumbang modal sosial, sila nyatakan jika anda tidak mahu nama sebenar dipaparkan di blog dan buku. Bagi penyumbang minimum RM200, nyatakan jika anda mahu menambah nama individu lain (ahli keluarga sahaja) untuk paparan di blog dan buku: RM200 = 2 nama, RM300 = 3 nama, RM400 = 4 nama, RM500 = 5 nama (termasuk nama penyumbang).

Nama para penyumbang modal sosial (sehingga 30 November 2022) akan didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog. Biar anak-cucu-cicit-piut-piat-miat tahu siapa yang menjadi penyumbang dan tulang belakang kepada usaha penerbitan buku penceritaan semula kisah-kisah Kathasaritsagara dalam Bahasa Malaysia (bukan bahasa Melayu).

Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum ini: Pulau Pendatang (2015)  Nari! Nari! (2015)  Mandala Bicara (2016)  Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)  Thirukkural dan Megha Duta (2018)  Ramayana dan Mahabharata (2019)  Vetalam dan Vikramaditya (2020)  Putaria (2020) Bhagavad Gita (2021) Kavya Sastra (2021) Suvarna Bhumi (2022) Khanda Puranam (2022).

Kathasaritsagara (“Lautan Cerita”) adalah koleksi cerita rakyat, legenda, mitos, dan dongeng yang mengungkapkan kekayaan budaya, pemikiran, dan imaginasi jurai keturunan orang India. Ada sekitar 350 cerita di dalamnya tetapi saya tidak menceritakan kesemuanya kerana buku akan menjadi terlalu tebal (dan kos terlalu tinggi).

Penting: Ini BUKAN buku cerita kanak-kanak


[Maklumat lanjut Cerita Kita dalam Katha Sarit Sagara]

[Baca juga Catatan Semasa Proses Penulisan]

Sebagaimana projek Thirukkural dan Megha Duta (2018), Ramayana dan Mahabharata (2019), Vetalam dan Vikramaditya (2020), Bhagavad Gita (2021), dan Khanda Puranam (2022) dalam siri “Karya Klasik India”, projek buku Katha Sarit Sagara juga bukan bersifat komersial atau bermotif mencari keuntungan.

Sebaliknya, suatu usaha kecil-kecilan (dengan sokongan dan sumbangan modal sosial rakan-rakan) bagi menjadikan Bangsa Malaysia lebih berilmu dan berpengetahuan. Jika tidak, masyarakat akan terus ditipu, dimanipulasi, dan dizalimi puak fasis, politikus, dan pendakyah demi kepentingan peribadi.

Jika anda ada sebarang bantahan atau pertanyaan berkaitan projek buku Katha Sarit Sagara, sila hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya Sankar SB) sebelum 31 Disember 2022.