Dalam usaha menggalakkan penghayatan karya fiksyen khasnya cerpen Bahasa Malaysia dalam kalangan khalayak umum, saya [Uthaya Sankar SB] merancang satu sesi menerusi Google Meet. Sesi ini percuma tetapi hanya terbuka kepada individu yang mendaftar lebih awal dan mengemukakan soalan untuk perbincangan.
Tarikh: 11 Oktober 2023 (Rabu)
Masa: 9.00 – 11.00 malam
Pelantar: Google Meet
Bayaran: Percuma (tetapi wajib
mendaftar lebih awal)
Individu yang merupakan penulis juga boleh menjadi peserta, asalkan tidak mengambil alih tempat saya sebagai penceramah semasa sesi berlangsung.
Jadual seperti berikut:
8:55 malam
Pautan Google Meet dikirim kepada peserta menerusi WhatsApp.
9:00 malam – Sesi Satu
Peserta tidak
dibenarkan masuk selepas 9:15 malam.
Ceramah “Cara Menikmati
Cerpen”.
Peserta boleh mematikan
(mute) mikrofon tetapi pastikan
kamera masih dipasang (on) supaya
saya tahu anda masih setia mendengar.
Peserta boleh
mencatatkan sebarang soalan (jika ada) untuk ditanya kemudian.
10:00 malam – Sesi Dua
Saya menjawab
soalan dan pertanyaan peserta.
Keutamaan
kepada soalan-soalan yang dikirim lebih awal menerusi WhatsApp.
Sesi soal-jawab ini akan dirakam untuk disunting dan dikongsi di YouTube (jika sesuai). Maka, pastikan kamera dipasang (on) dan anda menumpukan perhatian sepanjang sesi.
Lapan soalan yang dikemukakan
peserta dan dijawab/dibincang semasa sesi:
1. Apa itu cerpen?
2. Adakah penulis perlu terikat dengan format cerpen?
3. Bagaimana seseorang penulis hendak memastikan cerita
yang ditulis itu belum pernah dihasilkan oleh penulis lain?
4. Bagaimana watak-watak dipilih untuk menulis cerpen?
5. Bagaimana mengatasi “writer’s block”?
6. Baik semasa menulis atau pun bercakap, saya susah
mahu berhenti. Saya perlu bantuan untuk sudahkan atau tamatkan cerita.
7. Untuk penulisan cerpen, bilangan patah perkataan
ada had?
8. Adakah cerpen perlu ada pengajaran atau nilai moral
di penghujung cerpen?
Beberapa soalan lain turut dikemukakan semasa sesi berlangsung.
Untuk menjadi peserta, sila kirim nama penuh ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 7 Oktober 2023 (9:00 malam). Para peserta juga perlu mengemukakan minimum 1 soalan dan maksimum 4 soalan berkaitan penulisan cerpen, penghayatan cerpen, atau apa-apa pertanyaan yang sesuai dan memerlukan penerangan semasa sesi ini.
Harap maklum bahawa soalan/pertanyaan yang dikemukakan bukan
atas dasar “Saya mahu menguji sama ada Uthaya tahu jawapan kepada soalan ini” tetapi
atas dasar “Saya mahu mendapatkan jawapan bagi pesoalan ini dan saya harap
Uthaya boleh membantu saya mencari jawapan itu”.