16 Jul 2021

Tuhan dalam Quran dan Bhagavad Gita

Semasa menekuni kesemua 43 ayat dalam Surah Ar-Ra’d — dalam beberapa versi terjemahan sahih Bahasa Malaysia, Indonesia, dan Inggeris — yang terkandung dalam kalamullah (Quran), saya sebagai pengamal multifaith tidak dapat tidak, teringat akan kandungan Bhagavad Gita yang merupakan sebahagian daripada epik Mahabharata.

Tambahan pula, saya menekuni puluhan teks berkaitan karya Hindu berkenaan dalam pelbagai versi dan pelbagai bahasa sepanjang mengusahakan penceritaan semula buku Bhagavad Gita (2021).

Secara ringkas, Surah ke-13 itu antara lain menjelaskan bagaimana Allah tiada pilih kasih dalam menentukan hukuman kepada umat manusia. Segalanya bergantung kepada sikap manusia sendiri, sama ada mentaati atau mengingkari perintah-Nya.

Sementara Bhagavad Gita asalnya dalam Sanskrit, firman Allah yang diwahyukan dan terkandung dalam Quran pula disampaikan dalam bahasa Arab; sebagaimana disebut juga oleh Allah dalam Ayat 37.

Orang Islam yang beriman kepada Allah tahu bahawa ada malaikat yang bergilir-gilir menjaga manusia pada setiap masa. Apabila Allah memutuskan untuk menurunkan bala kepada suatu komuniti atau individu, tidak ada sesiapa yang boleh mengubah keputusan itu.

Dalam Ayat 27: Orang kafir berkata, “Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat)?” Muhammad sudah diberitahu sejak awal oleh Allah bahawa orang kafir yang mempersoalkan ketiadaan mukjizat pada dirinya akan turut mempertikai kerasulan baginda.

Sepertimana saya nyatakan, fakta dalam Quran amat berbeza dengan gambaran Tuhan dalam kitab-kitab Veda, Bhagavad Gita, dan purana yang menjadi rujukan umat Hindu di seluruh dunia.

Lebih menggerunkan apabila dalam Ayat 34 diputuskan bahawa orang kafir ...

Makalah penuh boleh dibaca dalam kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022).

Baca juga — Mendalami Quran: Catatan 1 Mendalami Hadis: Catatan 1Catatan Quran 2: Cinta Muhammad dan ZaydCatatan Hadis 2: Muhammad, Balu, dan JandaTuhan dalam Quran dan Bhagavad GitaMengapa Rasulullah Perintah Anjing Dibunuh? — Mengapa Allah Haramkan Babi?  Apabila Langit Terbelah; Allah BersajakHadis Palsu Lemahkan Orang MelayuPerlunya Dialog Antara Agama