26 Apr 2020

Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel


Saya [Uthaya Sankar SB] mengendalikan Sesi Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel mulai 1 Jun 2020. Sesi seterusnya bermula pada 1 Julai 20201 Ogos 20201 September 2020 dan 1 Oktober 2020. 

Sesi baharu akan bermula pada 1 Februari 2021.

Nota: Sesi Penulisan Intensif tidak dikendalikan sepanjang tahun 2021. 

Usaha ini dimulakan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020 menyebabkan bengkel penulisan secara bersemuka sukar diadakan.

1 — Warganegara Malaysia.
2 — Umur 18 – 60 tahun.
3 — Berminat menguasai asas penulisan cerpen bermutu.
4 — Bayaran pengeras RM50 (tidak dikembalikan).
5 — Bimbingan menerusi e-mel dan WhatsApp sahaja.
6 — Bimbingan secara individu. Maka, setiap peserta diberi perhatian.
7 — Dikendalikan dalam Bahasa Malaysia.
8 — Bimbingan dibuat dua hari sekali (berselang hari).
9 — Jumlah bimbingan adalah 14 kali.
10 — Peserta akan diberi nota (PDF) dan tugasan (mingguan) berkaitan penulisan cerpen.
11 — Peserta boleh mengikuti bimbingan menerusi e-mel dan membuat tugasan mengikut kelapangan masa.
12 — Jika peserta berjaya menghasilkan cerpen bermutu di akhir sesi bimbingan, manuskrip akan disalurkan ke media penyiaran yang sesuai.

“Uthaya has an almost pot-boiler sense of pace and momentum. … His supple and surprising uses of plot and perspective, his sense of irony and the absurd, his occasionally breathtaking endings.” 
Amir Muhammad (Malay Mail, 23 July 2008)

Pengambilan peserta Sesi Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel adalah secara bulanan. Peserta perlu mendaftar lebih awal dan membayar pengeras.



Penyertaan bagi sesi Februari 2021 dibuka sekarang. Individu yang berminat diminta menghubungi e-mel uthayasb@gmail.com selewat-lewatnya pada 20 Januari 2021 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


“Komen yang diberi (kepada tugasan) cukup membina untuk saya terus berkarya. Akhirnya, saya dapat memperbaiki corak penulisan mengikut landasan yang betul.” 
Nurul Ilyani Abdullah (peserta sesi Jun 2020)

“Pada keseluruhannya, kursus yang diadakan bermanfaat. Penceramah tidak lokek menurunkan ilmu kepada peserta, di samping bimbingan ketika membuat latihan menulis cerpen. Tip-tip menulis cerpen  yang diutarakan boleh dijadikan panduan berguna. Ringkasnya, bimbingan dan tunjuk ajar daripada penceramah sangat baik dan memuaskan.” 
Mohamad Khizar bin Awang (peserta sesi Jun 2020)


Untuk makluman, bengkel penulisan bersemuka yang sempat dikendalikan sebelum ini adalah Sesi Penulisan Intensif V (November 2019) dan Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara (Mac 2020) sebelum pandemik Covid-19.

Antologi karya yang diselenggara berjudul Busana Bahasa (2019), Landasan Hidup (2020), dan Peluru Aksara (2020). Lihat juga  Putaria: Kumpulan  Fiksyen Bahasa Malaysia.