1.0 Pengenalan
1.1 Antologi yang diselenggara oleh Uthaya Sankar SB sebelum ini berjudul Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), dan Landasan Hidup (2020).
1.2 Dalam usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan dengan karya-karya bermutu yang
dihasilkan penulis pelbagai kaum [semua
kaum, etnik, agama, keturunan, bahasa ibunda, latar belakang], sebuah
antologi karya Bahasa Malaysia sedang diusahakan.
1.3 Antologi ini menggabungkan peserta Antologi Cerpen Kebangsaan 2021 dan Antologi
Karya Penulis Lama dan Baharu. Penggabungan ini dibuat
susulan penularan wabak Covid-19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang memaksa orang ramai
mengubah cara hidup.
2.0 Peserta dan Karya
2.1 Peluang hanya dibuka kepada maksimum 20 individu yang menyertai bengkel penulisan dan sesi bimbingan
penulisan (termasuk bimbingan dalam talian) kendalian Uthaya Sankar SB pada tahun
2020. (Contoh — Bengkel
Sayembara Penulisan Cerpen Menara — Sesi
Penulisan Intensif VI — Bimbingan
WhatsApp Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan)
2.2 Karya mestilah manuskrip yang
pernah dibincangkan pada bengkel penulisan atau sesi bimbingan (termasuk bimbingan dalam talian) kendalian Uthaya
Sankar SB.
2.3 Karya yang tidak memenuhi konsep Sastera
Kebangsaan, atau sekadar mengulangi tema-tema lapuk, tidak akan dilayan.
2.4 Karya mestilah karya asli (tanpa
sebarang unsur yang menjadikannya tidak asli) dan belum tersiar di mana-mana.
2.5 Karya peserta yang pernah tersiar
di majalah sekolah atau di media sosial/blog boleh dibaiki untuk tujuan projek
antologi ini.
2.6 Karya tidak menyentuh sensitiviti
mana-mana kaum dan agama. Karya berkaitan perjuangan/pejuang agama, kaum, dan
etnik, sehingga memperlekeh pihak lain, tidak diterima.
2.7 Karya yang dimaksudkan adalah prosa (cerpen, esei, catatan pengalaman,
memoir, ulasan, kisah benar, dan sebagainya yang ditulis secara kreatif) dan puisi (sajak, pantun, syair, dan
sebagainya).
2.8 Peserta akan dibimbing secara
berperingkat-peringkat (menerusi WhatsApp
dan e-mel) sepanjang April dan Mei 2020.
2.9 Peserta dijangka mengirim manuskrip
lengkap untuk penilaian dan bimbingan susulan pada Jun dan Julai 2020.
3.0 Panjang Karya (Prosa dan Puisi)
3.1 Boleh mengirim 1 prosa: Maksimum 2,000
perkataan.
3.2 Boleh mengirim 2 prosa: Maksimum 1,000
perkataan sebuah.
3.3 Boleh mengirim 4 prosa: Maksimum 500
perkataan sebuah.
3.4 Boleh mengirim 1 prosa (maksimum 1,000
perkataan) + 5 puisi (maksimum 30
baris sebuah).
3.5 Boleh mengirim 2 prosa (maksimum 500
perkataan sebuah) + 5 puisi
(maksimum 30 baris sebuah).
3.6 Boleh mengirim 1 prosa (maksimum 1,000
perkataan) + 2 prosa (maksimum 500 perkataan sebuah).
3.7 Kombinasi lain tidak dibenarkan.
4.0 Hak Cipta dan Hak Penerbitan
4.1 Hak cipta dan hak moral karya asal
dipegang oleh masing-masing penulis.
4.2 Hak penyelenggaraan dipegang oleh
penyelenggara (Uthaya Sankar SB).
4.3 Hak penerbitan dipegang oleh
penerbit (Uthaya Sankar SB).
5.0 Bayaran Penyuntingan
5.1 Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 meliputi kos penilaian manuskrip,
bimbingan, penyelenggaraan, penyuntingan manuskrip, dan semakan pruf. — lihat harga biasa.
5.2 Bayaran ini perlu dibuat sebelum peserta mengirim manuskrip. (Tarikh
mengirim manuskrip akan dimaklumkan.)
5.3 Bayaran tidak dipulangkan jika
peserta menarik diri.
5.4 Jika manuskrip mempunyai terlalu
banyak kesalahan (yang sepatutnya tidak berlaku), maka manuskrip akan dikirim
semula kepada penulis untuk dibaiki sebelum disunting sekali lagi.
5.5 Sekiranya manuskrip yang dikirim
semula masih mempunyai banyak kesalahan, maka akan mengalami desk rejection, iaitu “karya ditolak
sebelum dinilai”. Pada tahap ini, sebarang rayuan tidak akan dilayan dan
bayaran penyuntingan tidak dipulangkan.
6.0 Bayaran dan Penerbitan Antologi
6.1 Setiap peserta perlu membuat
bayaran RM180 bagi membantu
menampung sebahagian kos menerbitkan buku ini.
6.2 Setiap peserta juga dikenakan
bayaran RM20 (wajib) untuk
menanggung kos menghantar buku ke alamat rumah (seluruh Malaysia).
6.3 Bayaran perlu dibuat pada Ogos 2020.
6.4 Bayaran boleh juga dibuat dalam
ansuran dua kali (RM100 x 2) iaitu pada Julai dan Ogos 2020.
6.5 Penulis tidak dibayar honorarium atau royalti.
6.6 Antologi dirancang supaya terbit
pada Januari 2021.
6.7 Apabila buku terbit, setiap penulis
akan menerima 30 buah buku dan buku akan
dihantar ke alamat rumah (Malaysia sahaja).
6.8 Penulis boleh menempah naskhah
tambahan pada harga diskaun khas yang ditetapkan oleh penerbit.
7.0 Biodata dan Foto
7.1 Penulis akan diminta mengirim
biodata dan foto untuk dimuatkan dalam antologi.
7.2 Biodata dan foto mestilah
profesional, dan mematuhi panduan yang dinyatakan semasa bengkel dan sesi
bimbingan.
7.3 Biodata dan foto ini mungkin
digunakan juga bagi tujuan promosi di blog dan media sosial.
8.0 Pertanyaan dan Pendaftaran
8.1 Jika ada sebarang pertanyaan, atau
jika mahu mendaftar nama untuk menyertai projek penerbitan antologi ini,
hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011–11411952.
8.2 Maklumat awal yang perlu diberi
adalah Nama Penuh, Alamat
Lengkap, Nombor Telefon, dan Alamat E-mel.
8.3 Pendaftaran peserta projek antologi ini ditutup pada 15 April 2020.