22 Feb 2020

Antologi Cerpen Kebangsaan 2021


[Terkini — Projek ini digabungkan dalam Antologi Karya Penulis Malaysia. Maka, sila rujuk syarat-syarat baharu di pautan berkenaan.]

1.0 Pengenalan

1.1 Antologi yang diselenggara oleh Uthaya Sankar SB sebelum ini berjudul Vanakam (2002), Busana Bahasa (2019), dan Landasan Hidup (2020).
1.2 Dalam usaha memperkaya khazanah Sastera Kebangsaan dengan cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan penulis pelbagai kaum [semua kaum, etnik, agama, keturunan, bahasa ibunda, latar belakang], sebuah antologi cerpen Bahasa Malaysia sedang diusahakan.

2.0 Peserta dan Karya

2.1 Peluang hanya dibuka kepada maksimum 15 individu yang menyertai bengkel penulisan cerpen kendalian Uthaya Sankar SB pada tahun  2020. (Contoh — Bengkel Sayembara Penulisan Cerpen Menara) (Contoh — Sesi Penulisan Intensif VI: Mei 2020) Pendaftaran 
2.2 Cerpen mestilah manuskrip yang pernah dibincangkan pada bengkel penulisan kendalian Uthaya Sankar SB
2.3 Cerpen yang tidak memenuhi konsep Sastera Kebangsaan, atau sekadar mengulangi tema-tema lapuk, tidak akan diterima
2.4 Cerpen mestilah karya asli (tanpa sebarang unsur yang menjadikannya tidak asli) dan belum tersiar di mana-mana


[Lihat juga  Antologi Karya Penulis Baharu]

3.0 Panjang Cerpen

3.1 Jika mengirim 2 cerpen: Maksimum 1,100 perkataan sebuah
3.2 Jika mengirim 1 cerpen: Maksimum 2,200 perkataan sebuah

4.0 Hak Cipta dan Hak Penerbitan

4.1 Hak cipta dan hak moral karya asal dipegang oleh masing-masing penulis
4.2 Hak penyelenggaraan dipegang oleh penyelenggara (Uthaya Sankar SB)
4.3 Hak penerbitan dipegang oleh penerbit (Uthaya Sankar SB)

5.0 Bayaran Penyuntingan

5.1 Setiap peserta dikenakan bayaran RM100 sebagai kos menyunting manuskrip — lihat harga biasa.
5.2 Bayaran ini perlu dibuat sebelum peserta mengirim manuskrip.
5.3 Bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri.
5.4 Jika manuskrip mempunyai terlalu banyak kesalahan (yang sepatutnya tidak berlaku), maka manuskrip akan dikirim semula kepada penulis untuk dibaiki sebelum disunting sekali lagi.

6.0 Bayaran dan Penerbitan Antologi

6.1 Setiap peserta perlu membuat bayaran RM200 bagi membantu menampung sebahagian kos menerbitkan buku ini
6.2 Bayaran boleh juga dibuat dalam ansuran dua kali (RM100 x 2) mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelenggara
6.3 Penulis tidak dibayar honorarium atau royalti
6.4 Antologi dirancang supaya terbit pada Januari 2021
6.5 Apabila buku terbit, setiap penulis akan menerima 30 buah buku
6.6 Setiap penulis juga akan dikenakan bayaran RM20 untuk menanggung kos PosLaju bagi menghantar 40 buku ke alamat rumah (seluruh Malaysia) 
6.7 Penulis boleh menempah naskhah tambahan pada harga diskaun khas yang ditetapkan oleh penerbit
7.0 Biodata dan Foto

7.1 Penulis akan diminta mengirim biodata dan foto untuk dimuatkan dalam antologi
7.2 Biodata dan foto mestilah profesional, dan mematuhi panduan yang dinyatakan semasa bengkel
7.3 Biodata dan foto ini mungkin digunakan juga bagi tujuan promosi di blog dan media sosial

[Terkini — Projek ini digabungkan dalam Antologi Karya Penulis Malaysia. Maka, sila rujuk syarat-syarat baharu di pautan berkenaan.]

8.0 Pertanyaan dan Pendaftaran


8.1 Jika ada sebarang pertanyaan, atau jika mahu mendaftar nama untuk menyertai projek penerbitan antologi cerpen ini, hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011–11411952.
8.2 Maklumat awal yang perlu diberi adalah Nama Penuh, Alamat LengkapNombor Telefon, dan Alamat E-mel.
8.3 Pendaftaran ditutup pada 14 April 2020.