Dapatkan salinan percuma dalam
format PDF jika anda berminat.
Maharishi Vyasa merupakan individu yang dikreditkan sebagai
pengarang epik Mahabharata yang
terkenal di serata dunia.
Khabarnya, selepas Vyasa menggubah sepenuhnya epik kisah
perang tersebut secara lisan dalam minda, dia memutuskan untuk merakamkannya
dalam bentuk tulisan sebagai bahan dokumentasi bagi generasi akan datang.
Pujangga dan pemikir itu dilaporkan mengadakan meditasi
dengan penuh khusyuk; memohon petunjuk daripada Dewata bagi merealisasikan
impian menghasilkan teks Jaya – versi
asal Mahabharata – dalam bentuk
bertulis.
Langkah proaktif ini juga bagi memastikan gubahan yang
dipenuhi pelbagai unsur budaya, dharma,
moral, etika, dan sebagainya tidak hilang begitu sahaja selepas ketiadaannya
suatu hari nanti.
Brahma muncul di hadapan Vyasa berikutan meditasi yang
dilakukannya. Lalu, Brahma, iaitu dewa pencipta, bertanya kepada maharishi itu,
apa yang dimahukannya.
Kisah bagaimana Vyasa berjaya memujuk Dewa Ganesha menjadi
tukang tulis diceritakan dalam buku Ramayana
dan Mahabharata (2019).
Petikan bahagian itu diedarkan secara percuma dalam
format PDF kepada sesiapa yang berminat. Sila kirim maklumat diri (nama penuh dan alamat e-mel) dan kata kunci (Vyasa) ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya Sankar SB) selewat-lewatnya pada
15 Februari
2020, pukul 6:00 petang jika berminat.