[Kemas kini — Memandangkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bimbingan dibuat menerusi e-mel dan WhatsApp.]
[Terkini — Projek ini digabungkan dalam Antologi Karya Penulis Malaysia. Maka, sila rujuk syarat-syarat baharu di pautan berkenaan.]
Anda seorang penulis baharu — atau belum pernah menulis — dan mahu melihat karya anda dibukukan bersama-sama penulis lain?

Saya (Uthaya Sankar SB) bercadang
menyelenggara sebuah antologi yang memuatkan karya-karya yang dihasilkan
oleh penulis baharu (amatur) dan lama (berpengalaman).
Projek ini juga sesuai bagi sesiapa yang tidak dapat
menyertai Antologi Cerpen Kebangsaan 2021.
Peserta berumur minimum 18
tahun. (Peserta berumur 15–17 tahun perlu mendapat izin ibu bapa atau
penjaga.)
Individu yang pernah menyertai bengkel penulisan kendalian
Uthaya diberi keutamaan.
Karya yang dimaksudkan merupakan prosa seperti cerpen
(cerita pendek), catatan pengalaman, ulasan, kritikan, esei, rakaman memori,
kisah sebenar, dan seumpamanya yang ditulis secara kreatif. [Contoh — Busana Bahasa]
Puisi (sajak, pantun, syair dan sebagainya) diterima hanya jika mengirim 2 puisi (untuk 2 halaman buku) atau 4 puisi (untuk 4 halaman buku).
Karya mestilah 100%
asli, tanpa sebarang unsur yang menjadikannya tidak asli.
Karya perlu ditulis menggunakan Bahasa Malaysia. Istilah dan frasa
bahasa-bahasa lain dibenarkan, jika perlu dan sesuai.
Karya peserta yang pernah tersiar di majalah sekolah atau di
media sosial boleh dibaiki untuk tujuan projek antologi ini.
Karya tidak menyentuh sensitiviti mana-mana kaum dan agama.
Karya berkaitan perjuangan/pejuang agama, kaum, dan etnik, sehingga memperlekeh
pihak lain, tidak diterima.
Karya yang mengandungi terlalu
banyak kesalahan bahasa (ejaan, tanda baca, imbuhan, kata sendi dan
sebagainya) akan ditolak. [Lihat — Khidmat Menyunting Manuskrip]
Jika mengirim satu
karya (prosa) sahaja, panjang karya adalah 850–950
patah perkataan.
Jika mengirim dua
karya (prosa), panjang setiap karya adalah 440–480
patah perkataan.
Jika mengirim puisi sahaja, mestilah ada 4 puisi (untuk 4 halaman buku).
Peserta boleh juga menggabungkan satu karya prosa (440–480 patah perkataan) dan 2 puisi.
Kombinasi/gabungan lain tidak dilayan.
Jika mengirim puisi sahaja, mestilah ada 4 puisi (untuk 4 halaman buku).
Peserta boleh juga menggabungkan satu karya prosa (440–480 patah perkataan) dan 2 puisi.
Kombinasi/gabungan lain tidak dilayan.
Penyertaan dibuka kepada maksimum 25 orang sahaja. Pendaftaran ditutup apabila sudah ada 25 peserta.
Setiap peserta dikenakan bayaran RM150; meliputi kos penilaian manuskrip, bimbingan, penyuntingan,
penyelenggaraan, semakan pruf, reka letak, dan penerbitan. (RM50 perlu dibayar sebelum mengirim manuskrip penuh. Baki RM100
dibayar selepas karya diluluskan untuk antologi. Bayaran RM50 tidak dipulangkan jika manuskrip ditolak
oleh penilai.)
Nota: Bayaran hanya perlu dibuat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Tarikh akan dimaklumkan kepada para peserta.
Nota: Bayaran hanya perlu dibuat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir. Tarikh akan dimaklumkan kepada para peserta.
Peserta tidak dibayar royalti atau honorarium.
Antologi (buku) dicetak dalam jumlah terhad dan dijangka
terbit pada Februari 2021.
Apabila buku terbit, setiap peserta akan menerima 20 naskhah. Buku akan dikirim ke alamat
rumah (Malaysia sahaja) menerusi pos.