Dalam kalangan kaum India di Malaysia, kisah
pengembaraan Raja Vikramaditya dikenali sebagai Vikramaditan Kadhaigal atau Vedhala
Kadhaigal.
Ramai yang pernah mendengar atau membaca cerita berbingkai
ini semasa kanak-kanak. Majalah bahasa Tamil, Ambulimama diterbitkan di India mulai Julai 1947. Bermula keluaran
November 1955, Vedhalam Sollum Kadhai disiarkan
secara bersiri.
Bagi generasi muda kaum India di Malaysia, filem Vikram Vedha (2017) lakonan Madhavan dan
Vijay Sethupathi sedikit sebanyak menimbulkan minat untuk kembali mengambil
tahu kisah dongeng klasik ini.
Buku Vetalam dan Vikramaditya (2020)
memuatkan kisah yang diceritakan semula untuk bacaan kanak-kanak, remaja,
belia, dan golongan dewasa pelbagai kaum di Malaysia.
Sesi Penghayatan
Vetalam dan Vikramaditya dirancang seperti berikut:
Tarikh: 19 April 2020 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi – 12.00 tengah hari
[Waktu Kavyan]
Peserta:
Kanak-kanak, remaja, belia, dan dewasa pelbagai kaum [semua
kaum]
Keperluan: Setiap
peserta perlu membawa buku Vetalam dan
Vikramaditya; atau membeli senaskhah pada tarikh acara.
Bahasa: Sesi
berlangsung dalam Bahasa Malaysia. Individu yang berpura-pura tidak tahu berkomunikasi
menggunakan Bahasa Malaysia dinasihati tidak
menjadi peserta.
Atur cara sesi didik hibur ini adalah seperti berikut:
9:30 pagi
Ketibaan peserta berdaftar
Sarapan ringan
Peserta diingatkan
supaya tidak datang lewat bergaya
10:00 pagi [Waktu Kavyan]
Cabutan bertuah I
Sesi membaca secara bergilir-gilir
10:30 pagi
Cabutan bertuah II
Perkongsian pengalaman membaca
11:00 pagi
Cabutan bertuah III
Sesi lakonan Vetalam
dan Vikramaditya
12:00 tengah hari [Waktu Kavyan]
Cabutan bertuah IV
Bersurai
Individu yang berminat menyertai sesi ini perlu mengirim
maklumat diri (nama penuh dan nombor telefon) ke WhatsApp 011–11411952 (Uthaya Sankar SB) selewat-lewatnya pada 10 April 2020.