17 Mar 2020

Program Kavyan Semasa PKP

[Klik poster untuk besarkan]
Adakah aktiviti Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) juga dibatalkan atau ditangguhkan dalam situasi wabak Covid-19? Khususnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (Restricted Movement Order) dilaksanakan pada 18 – 31 Mac 2020. [Rujuk kemas kini di bawah sekali.]



Kenyataan (25 Jun 2020): Program dan aktiviti Kavyan yang melibatkan pertemuan secara bersemuka dijangka tidak akan dijalankan sehingga 30 November 2020. Walau bagaimanapun, pelbagai aktiviti masih dijalankan mengikut kelaziman baharu, misalnya: Projek Antologi Karya Penulis Malaysia Sesi Bimbingan Penulisan Cerpen Menerusi E-mel Sesi Ceramah Penulisan Cerpen Menerusi Google Meet Baca Cerpen Sasterawan Kavyan. Program Disember 2020  Sesi Penulisan Intensif VI.


Sebenarnya, aktiviti Kavyan dijalankan dalam skala kecil dan terkawal. Aktiviti Kavyan tidak termasuk dalam kategori “perhimpunan besar” kerana selalunya maksimum 20 peserta sahaja.

Sejak dahulu, semua peserta/hadirin wajib mendaftar lebih awal. Maknanya, tidak ada peserta yang tidak dikenali (atau tidak berdaftar) tiba-tiba muncul pada hari program.

Sentiasa ada komunikasi menerusi WhatsApp antara penyelaras dan peserta untuk memaklumkan perkembangan terkini. Para peserta/hadirin adalah individu yang dikenali dan dikenal pasti.

Dalam pada itu, sejak dahulu, mana-mana individu yang merasakan dirinya kurang sihat, maka diminta tidak menghadiri aktiviti Kavyan.

[Klik poster untuk besarkan]
Dalam situasi sekarang, susulan Perintah Kawalan Pergerakan, peserta/hadirin berdaftar yang terlalu bimbang, takut, was-was, atau terpengaruh dengan khabar angin diberi kebenaran menarik diri — supaya tidak mengganggu ketenteraman fikiran orang lain.

Maka, aktiviti Kavyan dalam skala kecil dan terkawal masih diteruskan. Ada juga program yang ditunda.

1. Sesi Perbincangan Landasan Hidup — 21 Mac 2020 — Diteruskan kerana melibatkan lima peserta sahaja. Bagaimanapun, tempat diubah (dimaklumkan kepada para peserta sahaja).

2. Majlis Meraikan Antologi Landasan Hidup — 29 Mac 2020 — Ditunda atas permintaan tuan rumah dan selepas dipersetujui Jawatankuasa Penyelaras. Para peserta dimaklumkan menerusi WhatsApp.

3. Sesi Penghayatan Vetalam dan Vikramaditya — 19 April 2020 — Diteruskan kerana melibatkan sepuluh peserta sahaja. Bagaimanapun, tempat diubah (dimaklumkan kepada para peserta sahaja).

4. Temasya Bahasa: Semarak Bahasa dan Sastera Kebangsaan — 25 April 2020 di Kuil Sri Maha Sivalayam, Aulong, Taiping — Ditunda susulan arahan JPPM supaya semua pertubuhan (NGO) membatalkan aktiviti/perhimpunan/mesyuarat besar (melibatkan peserta yang ramai) sehingga akhir Jun 2020. Tambahan pula, program dijadualkan di sebuah kuil.

5. Sesi Penulisan Intensif VI Sasterawan Kavyan — 1–2 Mei 2020 — Diteruskan kerana melibatkan lapan peserta sahaja.

[Klik poster untuk besarkan]

[Kemas kini — Pada mulanya, Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi tempoh 18 – 31 Mac 2020. Pada 25 Mac 2020, diumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Pada 10 April 2020, diumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020Pada 23 April 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020. Pada 10 Mei 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP ditambah sehingga 9 Jun 2020. Pada 7 Jun 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2020. Pada 28 Ogos 2020, diumumkan bahawa tempoh PKP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020Maka, akan ada perubahan pada jadual program.]

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai program Kavyan, hubungi WhatsApp 011–11411952 (Uthaya Sankar SB). Sentiasa utamakan kesihatan dan keselamatan diri. Jangan terpengaruh dengan berita-berita palsu yang disebarkan puak tidak bertanggungjawab.