20 Mar 2020

Pertandingan Menulis Ulasan Buku


Bermula: 21 Mac 2020 (Sabtu), 8:00 pagi (Malaysia)
Tamat: 22 Mac 2020 (Ahad), 8:00 malam (Malaysia)

Hadiah: Senaskhah novel Hanuman: Suara Hati (2013) [kulit keras] untuk 20 orang.

Individu yang sudah membeli dan membaca buku Thirukkural dan Megha Duta (2018) atau Ramayana dan Mahabharata (2019) atau Vetalam dan Vikramaditya (2020) dipelawa mengambil bahagian bagi mengisi masa pada hujung minggu ini.


Tulis ulasan buku sepanjang 300 – 400 patah perkataan sahaja berkaitan salah satu buku di atas.

Ulasan tidak memasukkan sinopsis cerita, biodata penulis, atau mendedahkan pengakhiran cerita.

Ulas satu daripada tiga buku di atas sahaja.

Tulislah ulasan yang ikhlas. Tidak perlu masukkan teori. Tulis dari hati.

Ulasan mestilah asli dan tidak ada apa-apa unsur yang menjadikannya meragukan atau tidak asli.

Ulasan ditulis menggunakan Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, atau Mandarin sahaja.


Sertakan Maklumat Diri iaitu nama penuh, alamat rumah (termasuk Poskod), nombor telefon, dan alamat e-mel di akhir ulasan.

Ulasan ditaip kemas menggunakan Microsoft Word dan dikirim secara lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com

Lampirkan foto pengulas sedang membaca buku yang diulas itu. Foto bukan dimasukkan dalam teks ulasan, tetapi dikirim dalam format JPG/JPEG sebagai lampiran (fail JPG/JPEG berasingan) menerusi e-mel.

Ulasan yang tidak dikirim secara lampiran (attachment) dan/atau tiada foto pengulas membaca buku dan/atau tidak disertakan maklumat diri tidak akan dipertimbangkan.


Sejumlah 20 ulasan bermutu yang paling awal diterima sepanjang tempoh pertandingan ini akan menerima senaskhah novel parodi retorik Hanuman: Suara Hati.

Hadiah dikirim melalui PosLaju pada 23 Mac 2020.

Kesemua ulasan yang diterima (berserta foto) akan didokumentasi di blog. Ulasan mungkin disunting tanpa menghilangkan maksud asal pengulas. Baca Ulasan [Klik di Sini]